air hug | peluk nirsentuh | Umum | Tiada | Isyarat mendepa tangan seolah-olah memeluk orang lain dan digunakan sebagai ucapan atau ungkapan kasih sayang tanpa sentuhan fizikal. |
air hug | peluk nirsentuh | Umum | Tiada | Isyarat mendepa tangan seolah-olah memeluk orang lain dan digunakan sebagai ucapan atau ungkapan kasih sayang tanpa sentuhan fizikal. |
mozarabic lyric | lirik mozarabik | Kesusasteraan | Tiada | Lirik yang dihasilkan oleh masyarakat Mozarab yang mendiami bumi andalus. Pelibatan masyarakat ini dalam kegiatan sastera menghasilkan sumbangan yang bernas, iaitu menulis lirik mozarabik yang merujuk kepada hasil seni terutamanya dalam puisi. Masyarakat Mozarab disebut sebagai golongan al-musta�rabin dalam bahasa Arab. Mereka merupakan masyarakat Kristian asal Sepanyol yang memeluk Islam atau yang terpengaruh dalam kebudayaan dan sosial masyarakat Arab. |
moro-moro | moro-moro | Kesusasteraan | Tiada | Drama rakyat Filipina yang mengandungi unsur opera dan komedi. Drama ini merupakan sebuah melodrama yang mengisahkan pertarungan antara orang Islam dengan orang Kristian. Ceritanya bertumpu pada kisah percintaan antara seorang putera dengan seorang puteri yang berlainan agama, iaitu seorang Islam dan seorang Kristian. Percintaan biasanya berakhir dengan perkahwinan, iaitu yang beragama Islam akan memeluk agama Kristian. Drama ini mengisahkan keupayaan mereka mengatasi rintangan sosial dan agama demi mencapai sesuatu hasrat. Pada asalnya, drama ini digunakan untuk tujuan dakwah bagi agama kristian. Kemudian, drama ini digunakan oleh pengarang Filipina sebagai suatu genre untuk merangsang semangat nasionalisme. |
reciprocity principles | prinsip persalingan | Undang-undang | Tiada | Kaedah yang mewajibkan negara penerima hak atau faedah daripada sesuatu perjanjian untuk memberikan hak atau faedah yang sama kepada negara pemberi. Contohnya, apabila negara A menyertai Konvensyen Geneva III berkaitan layanan terhadap tawanan perang, dan kemudiannya terbabit dalam konflik bersenjata dengan negara B yang turut menyertai konvensyen yang sama. Negara A akan melayan tawanan perang dari negara B dengan baik mengikut peruntukan konvensyen tersebut kerana negara B juga dikehendaki oleh konvensyen untuk melayan tawanan perang dari negara A dengan baik. Walau bagaimanapun, hal ini berbeza dengan undang-undang perang Islam seperti yang ditunjukkan oleh Salahuddin al-Ayubi. Walaupun tentera salib membunuh tawanan perang Muslim, beliau telah melayan tawanan perang Kristian dengan baik, tidak memaksa mereka memeluk agama Islam, dan membenarkan mereka ditebus untuk bebas. Al-Quran dan Sunnah memerintahkan Muslim melayan tawanan perang dengan baik, walaupun musuh tidak melakukan perkara yang sama terhadap tawanan perang Muslim. |