Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menganut atau masuk sesuatu agama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
peluk
Kata Terbitan : berpeluk, berpelukan, berpeluk-pelukan, memeluk, pelukan, pemeluk,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jizyahcukai kepala/jizyahPerniagaan IslamTiadaCukai yang dikenakan kepada orang bukan Islam di negara Islam sebagai jaminan keselamatan. Cukai ini dikenakan selagi individu tersebut tidak memeluk agama Islam. Kadar cukai dikenakan mengikut kemampuan mereka atau berdasarkan budi bicara kerajaan. Pembayar jizyah mempunyai hak yang sama dengan penduduk beragama Islam. Sinonim kharaj jizyah.
convert (religion)mualafSejarahTiadaOrang yang telah menukarkan kepercayaan agamanya, biasanya dalam agama Islam dipanggil mualaf, iaitu orang yang baru memeluk agama Islam.
ard kharajiyyahtanah kharajiyahPerniagaan IslamTiadaTanah yang diperoleh kerajaan Islam melalui dua kategori, iaitu melalui peperangan dan diagihkan kepada pengusaha yang bukan beragama Islam dan kategori kedua, iaitu tanah yang diperoleh kerajaan Islam melalui perjanjian damai. Tanah ini dikekalkan kepada pemilik asal. Tanah kharajiyah kategori pertama, tidak berubah statusnya walaupun pengusahanya memeluk agama Islam. Sebaliknya, tanah kharajiyah kategori kedua akan berubah statusnya kepada tanah ushriyah sekiranya pemiliknya memeluk agama Islam.
reciprocity principlesprinsip persalinganUndang-undangTiadaKaedah yang mewajibkan negara penerima hak atau faedah daripada sesuatu perjanjian untuk memberikan hak atau faedah yang sama kepada negara pemberi. Contohnya, apabila negara A menyertai Konvensyen Geneva III berkaitan layanan terhadap tawanan perang, dan kemudiannya terbabit dalam konflik bersenjata dengan negara B yang turut menyertai konvensyen yang sama. Negara A akan melayan tawanan perang dari negara B dengan baik mengikut peruntukan konvensyen tersebut kerana negara B juga dikehendaki oleh konvensyen untuk melayan tawanan perang dari negara A dengan baik. Walau bagaimanapun, hal ini berbeza dengan undang-undang perang Islam seperti yang ditunjukkan oleh Salahuddin al-Ayubi. Walaupun tentera salib membunuh tawanan perang Muslim, beliau telah melayan tawanan perang Kristian dengan baik, tidak memaksa mereka memeluk agama Islam, dan membenarkan mereka ditebus untuk bebas. Al-Quran dan Sunnah memerintahkan Muslim melayan tawanan perang dengan baik, walaupun musuh tidak melakukan perkara yang sama terhadap tawanan perang Muslim.
moro-moromoro-moroKesusasteraanTiadaDrama rakyat Filipina yang mengandungi unsur opera dan komedi. Drama ini merupakan sebuah melodrama yang mengisahkan pertarungan antara orang Islam dengan orang Kristian. Ceritanya bertumpu pada kisah percintaan antara seorang putera dengan seorang puteri yang berlainan agama, iaitu seorang Islam dan seorang Kristian. Percintaan biasanya berakhir dengan perkahwinan, iaitu yang beragama Islam akan memeluk agama Kristian. Drama ini mengisahkan keupayaan mereka mengatasi rintangan sosial dan agama demi mencapai sesuatu hasrat. Pada asalnya, drama ini digunakan untuk tujuan dakwah bagi agama kristian. Kemudian, drama ini digunakan oleh pengarang Filipina sebagai suatu genre untuk merangsang semangat nasionalisme.

Kembali ke atas