morainal lake | tasik morain | Geologi | Tiada | 1. Tasik yang memperoleh airnya dari peleburan ais glasier.,2. Tasik yang memenuhi lembangan yang terbentuk oleh pemendapan glasier.,3. Tasik yang memenuhi lembangan yang terbentuk di batuan dasar oleh hakisan glasier.,4. Tasik yang memenuhi lembangan yang terbentuk oleh runtuhan bahan basuhan keluar yang mengelilingi jisim ais bergenang. |
answer | jawab(an), | Matematik | Tiada | 1. Kuantiti yang memenuhi semua syarat dalam suatu masalah. |
glacial lake | tasik glasier | Geologi | Tiada | 1. Tasik yang memperoleh airnya dari peleburan ais glasier. 2. Tasik yang memenuhi lembangan yang terbentuk melalui pengendapan glasier. 3. Tasik yang memenuhi lembangan yang terbentuk di batuan dasar melalui hakisan glasier. |
closed security environment | persekitaran keselamatan tertutup | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Persekitaran yang memenuhi keadaan yang berikut: 1. Pembangun aplikasi yang mempunyai autoriti atau disahkan bahawa mereka tidak pernah membina atau terlibat dengan logik hasad. 2. Kawalan konfigurasi yang menyediakan jaminan yang cukup bahawa suatu peralatan dan aplikasi dilindungi daripada logik hasad sebelum dan semasa operasi aplikasi sistem. |
percentile | persentil | Matematik | Tiada | Salah satu daripada 99 nilai yang membahagikan seset data kepada 100 bahagian yang sama. 99 nilai ini yang ditandai dengan P1, P2, ..., P99 memenuhi syarat bahawa 1% daripada data kurang daripada P1, 2% kurang daripada P2, ..., 99% kurang daripada P99. Bandingkan desil, kuartil. |
locus | lokus; londar | Kejuruteraan | Tiada | 1. Set semua titik yang memenuhi keadaan atau sifat yang tertentu. Misalnya londar bagi semua titik yang berada pada jarak yang ditentukan daripada suatu titik, ialah sebuah bulatan. |
appeasement | peralahan; pengalahan | Sejarah | Tiada | 1. Tindakan untuk menenangkan, meredakan, mententeramkan atau memenuhi kehendak pihak yang tertentu dalam memastikan kestabilan dalam negara. |
trajectory | trajektori | Matematik | Tiada | 1. Lintasan yang dilalui oleh suatu zarah yang bergerak. 2. Lengkung yang memenuhi syarat tertentu, seperti yang melalui sebilangan titik tertentu atau yang bersilang dengan sebilangan lengkung tertentu pada sudut tertentu. |
bad faith | niat jahat | Undang-undang | Tiada | 1. Mengelirukan atau menipu.,2. Cuai atau enggan memenuhi sesuatu kewajipan atau obligasi kontrak, bukan kerana kesilapan tetapi kerana kepentingan atau niat buruk. |
economics | ekonomi | Ekonomi | Tiada | 1. Ilmu sains sosial yang mengkaji gelagat atau perlakuan manusia dalam memperuntukkan sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan dan kehendak yang tidak terhad, yang bersaing antara satu sama lain. Mengikut P.A. Samuelson, ekonomi merupakan satu kajian tentang bagaimana individu atau masyarakat memilih, sama ada dengan menggunakan wang atau tidak, untuk menggunakan sumber produktif yang terhad, yang mungkin mempunyai alternatif penggunaan, untuk mengeluarkan pelbagai komoditi pada sepanjang masa, dan mengagihkan komoditi itu untuk penggunaan sekarang dan penggunaan masa depan (tabungan), kepada pelbagai manusia dan kumpulan dalam masyarakat. 2. Kegiatan manusia dalam pengeluaran, pengagihan, dan penggunaan barang atau perkhidmatan. |