Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.fo.kus.kan] | ممفوکوسکن

Definisi : 1. menjadikan (sinar cahaya, haba, bunyi) bertumpu pd satu titik, menumpukan: apabila bahagian depan mata terlalu bujur dan tidak bulat, cahaya tidak dapat difokuskan ke bahagian belakang mata; 2. memberikan tumpuan (perhatian dsb) kpd, menumpukan perhatian kpd, menonjolkan: drama sebabak ini ~ saat-saat terakhir pemberontakannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.fo.kus.kan] | ممفوکوسکن

Definisi : menjadikan cahaya bertumpu ke satu titik (dgn menggerak-gerakkan kanta dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memfokuskan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
foodtographysajigrafiFotografiTiadaSeni mengambil gambar yang memfokuskan sajian sebagai subjek utama sesuatu imej.
planetary healthkesihatan planetAeroangkasaTiadaBidang yang memfokuskan isu kesihatan manusia dan hubung kait dengan alam semula jadi, biodiversiti serta perubahan iklim.
expressive criticismkritikan ekspresifKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang memfokuskan individualiti serta emosi pengarang dan bukan kepada karyanya sebagai objek seni atau kesan karya terhadap pembaca. Istilah ini dicipta oleh M.H. Abrams untuk mencirikan pendekatan pengkritik zaman romantik seperti coleridge dan Wordsworth. Kritikan ini bertujuan menilai sejauh mana karya tersebut akur serta memenuhi visi dan psikologi pengarang. Lihat juga kritikan biografi.
sociology of literaturesosiologi sasteraKesusasteraanTiadaKajian yang memfokuskan hubungan antara teks dengan konteks sosial. Kajian akan melahirkan teks tersebut, termasuklah pendidikan, khalayak, penerbitan, persembahan pentas kelas sosial, dan ideologi pengarang dan khalayaknya. Ahli sejarah Perancis, Hippolyte Taine sering dianggap sebagai pengasas sosiologi sastera. Beliau menekankan bahawa sesebuah teks boleh diperjelas menurut tiga faktor utama, iaitu ras, persekitaran, dan masa. Sosiologi sastera sering dikaitkan dengan pendekatan Marxis tentang kajian budaya. Contohnya, sebarang kajian sosiologi sastera terhadap novel Salina oleh A. Samad Said akan melibatkan tumpuan terhadap latar belakang penulis, zaman perang yang melatari novel tersebut, sejarah penerbitan yang menyebabkan novel ini popular dalam kalangan masyarakat Malaysia, dan lain-lain.
occupational biomechanicsbiomekanik pekerjaanSains SukanBiomekanikBidang biomekanik yang memfokuskan aspek ergonomik dan keselamatan dalam persekitaran pekerjaan. Lihat juga ergonomik.
antropometryantropometriSains SukanBiomekanikBidang yang berkaitan dengan pengukuran anggota manusia yang memfokuskan dimensi dan berat setiap segmen badan. Penggunaan indeks jisim tubuh (BMI) ialah contoh yang biasa digunakan sebagai ukuran antropometri. Contohnya, terdapat perbezaan antropometri antara pelari jarak jauh dengan atlet gusti sumo.
biophysicsbiofizikSains SukanBiomekanikCabang ilmu sains sukan yang mengaplikasikan prinsip dan kaedah fizik dalam sistem biologi, yang memfokuskan aspek saintifik pergerakan manusia. Cabang ilmu ini melibatkan disiplin ilmu biomekanik, anatomi, fisiologi, kawalan motor dan psikologi.
interpretationtafsiranKesusasteraanTiadaPemahaman teks secara umum termasuklah memahami bahasa, menganalisis, menghuraikan, menjelaskan, mencari, dan menetapkan makna teks. Tafsiran biasanya memfokuskan bahagian yang sukar difahami, taksa atau samar-samar, atau yang menggunakan bahasa figuratif. Secara umumnya, tujuan mentafsir adalah untuk menghuraikan dan memahami secara keseluruhan karya yang disampaikan menerusi medium bahasa, dengan mengambil kira aspek konvensi yang tertentu seperti genre, imejan, tema dan kesan. Hal ini melibatkan huraian unsur yang implisit dan eksplisit, dan analisis aspek formal bagi memperlihatkan kesepaduan atau kelonggaran teks berkenaan. Dalam stilisitik, tafsiran merujuk kepada pemahaman bahasa berdasarkan analisis pola formal dan semantik, yang secara keseluruhannya membawa dapat tentang erti teks. Pada prinsipnya, para sarjana konvensional berpendapat bahawa teks mempunyai suatu tafsiran atau makna yang betul, walaupun terdapat pelbagai tafsiran bagi pembaca yang berbeza. Mereka menganggap bahawa mentafsirkan karya hendaklah seboleh-bolehnya untuk memperoleh makna yang dimaksudkan oleh pengarang. Namun, mutakhir ini dikatakan bawa sesebuah teks mungkin memberi lebih daripada satu tafsiran atau makna. Hal ini disebabkan oleh kompleksiti bahasa dan struktur karya. Walau bagaimanapun, semua tafsiran teks adalah berasaskan kecekapan pembaca dan pengetahuannya tentang konvensi bahasa dan sastera, serta pengetahuan budayanya. Jenis tafsiran yang lebih khusus adalah seperti takwil, hermeneutika dan dekonstruksi. Tafsiran dalam bahasa Arab bermaksud �memberi makna�. Tafsiran disebut juga interpretasi. Lihat juga dekonstruksi, hermeneutika.
focusing cupcawan fokusTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKomponen di dalam tiub sinar-X yang mempunyai medan magnet dan berfungsi untuk memfokuskan alur elektron dari katod, tepat ke arah titik fokus pada sasaran.
psychological novelnovel psikologiKesusasteraanTiadaNovel yang menekankan aspek kerohanian, emosi dan mental serta analisis perwatakan. Plot atau aksi dalam novel ini sekadar menjalankan cerita. Penulisan novel ini dipengaruhi oleh pandangan Sigmund Freud dan Carl Jung yang memfokuskan kehidupan �dalaman� watak yang selalunya individu bermasalah dan unik dengan keadaan mental dan emosi yang bergolak. Tumpuan cerita lebih kepada motivasi psikologi bagi setiap aksi watak. Perkara yang ditekankan bukanlah apa yang berlaku tetapi mengapakah perkara itu berlaku. Minat terhadap psikologi watak dalam sejarah kesusasteraan Barat dapat dilihat dalam karya Geoffrey Chaucer yang berjudul Troilus and Criseyde, iaitu lirik yang bercirikan novel psikologi. Novel psikologi moden hanya muncul pad abad ke-19 melalui karya George Eliot, Elizabeth Gaskell, George Meredith dan Joseph Conrad. Henry James dianggap pakar dalam penulisan novel psikologi dan karyanya seperti The Portrait of a Lady, The Wings of the Dove, The Ambassadors dan The Golden Bowl telah menetapkan standard psikologi untuk penulis lain. Novel psikologi mencapai kemuncak perkembangannya pada abad ke-20 apabila penulis menggunakan monolog dalaman dan aliran kesedaran yang menunjukkan cara minda subsedar suatu watak berfungsi. Contoh penulis sastea Barat yang terkenal ialah James Joyce (A Portrait of the Artist as a Young Man, Ulysses), Virginia Woold (Mrs. Dalloway, To the Lighthouse), dan Willian Faulkner (The Sound and the Fury). Contoh dalam kesusasteraan Arab ialah Ibrahim al-Khatib oleh Ibrahim Abd al-Qadir al-Mazini, dan Awda tal-Ruh dan Yawmiyat Na�ib fi al- Aryaf oleh Tawfiq al-Hakim. Contoh tempatan ialah novel Juara oleh S. Othman Kelantan. Lihat juga kritikan psikoanalitik.
12

Kembali ke atas