Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mi.kul] | مميکول

Definisi : 1. membawa barang dgn galas di atas bahu, mengandar, menggalas: ~ padi; 2. mengangkat, mengusung: maka ada bertemu lapan sepuluh orang tengah ~ meriam besar; Hassan ~ peti kacanya, aku menjunjung sekotak pinggan; 3. ki menghadapi dan harus melaksanakan dsb (sesuatu) sbg tanggung­jawab, menanggung: dia pun sama ~ hutang bapanya; akan ~ tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung prb tiada berdaya mengerjakan sesuatu tugas kerana tiada berilmu (tiada ber­wang); berat sama dipikul, ringan sama dijinjing prb suka duka sama-sama ditanggung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mi.kul] | مميکول

Definisi : membawa barang di atas bahu; mengandar; menggalas: ~ kayu api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pikul
Kata Terbitan : memikul, memikulkan, pikulan, pemikul,

Puisi
 

Orang darat suka bertandang,
     Sambil bertandang membawa cangkul;
Berapa berat mata memandang,
     Berat lagi bahu memikul.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bahu memikul,
     hati menyokong.

Bermaksud :

Dengan sukarela, tidak dengan dipaksa.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bed rockbatuan dasarKejuruteraanKejuruteraan BangunanBatuan yang memikul segala beban yang terpindah dari struktur bangunan kepada asas melalui cerucuk galas hujung.
bearing pilecerucuk galasKejuruteraanKejuruteraan BangunanCerucuk yang memikul beban-beban tegak dengan cara memindahkannya ke strata tanah yang lebih keras, seperti batu hampar.
capacitykeupayaanKejuruteraanKejuruteraan BangunanKebolehan atau kemampuan mengerjakan atau memikul sesuatu beban.
bearing capacitykeupayaan galasKejuruteraanKejuruteraan BangunanKeupayaan strata tanah memikul beban asas.
plain concretekonkrit tanpa tetulangKejuruteraanKejuruteraan BangunanKonkrit pukal yang memikul beban atau daya lenturan, yang hanya mempunyai sedikit keluli bagi mengurangkan keretakan apabila terjadi pengembangan dan pengecutan.
load bearing walldinding galas bebanKejuruteraanKejuruteraan BangunanDinding galas yang memikul sebarang beban selain daripada beratnya sendiri dan juga daya angin.
self supporting walldinding sokong diriKejuruteraanKejuruteraan BangunanDinding yang tidak memikul beban selain daripada beratnya sendiri. Dinding ini dikenali juga sebagai dinding bukan galas beban.
strengthkekuatanKejuruteraanKejuruteraan BangunanKeupayaan sesuatu bahan atau medium menerima dan memikul beban, daya ataupun tindakan di atas untuk jangka masa tertentu.
skeleton constructionbinaan berangkaKejuruteraanKejuruteraan BangunanBinaan yang menggunakan struktur kerangka untuk memikul segala beban daripada daya tegak dan daya sisi.
soil bearing capacitykeupayaan galas tanahKejuruteraanKejuruteraan BangunanKeupayaan galas yang dibenarkan memikul beban di atasnya dengan selamat. Ia ditakrifkan dalam bentuk beban seunit luas.
1234

Kembali ke atas