Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mi.lih] | مميليه

Definisi : 1. menunjukkan (menentukan) barang (orang dll) yg disukai: ia ~ Mak Haji menjadi teman hidupnya ini ialah semata-mata kerana memandang hartanya; mereka tidak dapat ~ nasi yg lain drpd jenis yg dimakan di rumah masing-masing; kami bariskan orang-orang tu, tentu kakak boleh ~ yg mana satu; tidak ~ = tidak memilih-milih tidak meman­dang orang (tempat dll), tidak menghiraukan orang (tempat dll); 2. mencari atau memisah-misahkan mana yg baik (besar, kecil, dll): ~ beras; ~ kopi; 3. menentukan calon (orang dll) dgn menyatakannya: ahli-ahli persatuan ini telah ~ Encik Amdun sbg pengerusinya; 4. = memilih-milih sangat teliti memilih, berpilih-pilih; pilih-pilih ruas, terpilih buku prb kerana berharap sangat mendapat yg baik, akhirnya menerima yg buruk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mi.lih] | مميليه

Definisi : 1 mengambil atau menentukan mana-mana yg disukai atau yg dikehendaki: Berhati-hati kalau hendak ~ teman hidup. 2 mengasingkan atau mencari mana-mana yg baik, mana-mana yg tidak dll: ~ beras; ~ telur mengasingkan telur yg besar drpd yg kecil. 3 menentukan calon dgn mengundi, dgn menyatakannya dll: Mereka diberi hak utk ~ wakil masing-masing. 4 terlampau teliti dlm menentukan mana-mana yg dikehendaki atau yg disukai (sehingga susah utk membuat keputusan): Kawannya sudah bosan dgn sikapnya yg terlalu ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pilih (kata kerja)
Bersinonim dengan isih, saring, tapis;,
Kata Terbitan : memilih, pilihan, pemilihan, pemilih,

Puisi
 

Hendaklah baik memilih pandan,
     Di dalam pandan ada duri;
Hendaklah baik membela badan,
     Di dalam badan ada diri.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Memilih tebu dapat teberau.

Bermaksud :

Kerana terlampau sangat menghendaki yang baik, akhirnya mendapat yang buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Memilih sangat, terpilih buku). teberau = gelagah.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
weedingmerumput; memilih buangPerpustakaanTiada. 2. Memilih buang: Memilih dan membuang buku-buku yang difikirkan tidak dapat dimanfaatkan lagi oleh pengguna disebabkan maklumatnya yang telah usang
memilih sepak mulamemilih sepak mula (Sepak Takraw)SukanTiadaTiada
freedom of choicekebebasan memilihPendidikanTiadaKebebasan memilih bidang pendidikan mengikut minat, kebolehan dan kecenderungan.
selective fellingtebangan memilihPerhutananPengurusan HutanPembalakan yang memilih dan mengambil pokok daripada saiz tertentu dan bernilai tinggi sahaja.
selective platingpemplatan memilihBiologiGenetikKaedah untuk memencil rekombinan secara memilih.
khiyar ta‘yinpilihan penentuanPerniagaan IslamTiadaHak memilih dan menentukan salah satu atau lebih barangan yang berlainan dari segi harga dan sifat produk tersebut dalam tempoh tertentu. Contohnya, pembeli diberi hak untuk memilih tiga buah jam tangan pada harga yang berlainan. Pembeli berhak memilih atau melakukan ta‘yin untuk satu produk sahaja. Jumhur ulama berpendapat khiyar ini ditegah kerana tidak ditentukan produk yang hendak dijual, tetapi mazhab Hanafi mengharuskannya atas dasar keperluan manusia berdasarkan syarat, produk yang hendak dijual atau dipilih itu mestilah tidak lebih daripada tiga jenis produk sahaja, tiga jenis produk yang hendak dijual mestilah berlainan harga dan sifatnya serta mestilah ditentukan harga bagi setiap produk, masa untuk melakukan khiyar tidak lebih daripada tiga hari sahaja, dan penjual bersetuju untuk berurus niaga.
selective mediummedium memilihBiologiGenetikMedium yang membenarkan pertumbuhan sel yang bergenotip spesifik sahaja. bd. medium tak memilih.
option buttonbebutang pilihanTeknologi MaklumatTiada, yang membolehkan pengguna memilih satu item daripada senarai pilihan dengan memilih satu bebutang.
discriminative learningpembelajaran diskriminatifPsikologiPsikologi UmumProses pembelajaran yang melazimkan subjek membezakan atau memilih rangsangan. Contohnya, tikus diajar untuk memilih kotak yang mengandungi makanan atau menjauhi kotak yang berlantaikan kejutan elektrik dalam pagar sesat.
dual purpose funddana dwitujuanPentadbiranTiadaSyarikat pelaburan yang menyediakan saham dividen kepada pelabur yang memilih pendapatan dividen dan saham modal kepada pelabur yang memilih keuntungan modal.
12345678910...

Kembali ke atas