Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mi.num] | ممينوم

Definisi : 1. meneguk atau mene­lan sesuatu yg cair (air, susu, dll); 2. Id meng­hisap (rokok, candu, dll): janganlah engkau ~ madat, kerana itu mendatangkan bebe-rapa celaka dan kebinasaan; ~ serasa duri, makan serasa lilin, tidur tak lena, mandi tak basah prb seseorang yg sangat bersusah hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mi.num] | ممينوم

Definisi : meneguk sesuatu yg cair spt air, susu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meminum

Peribahasa

Takkan boleh bersiul sambil meminum air.

Bermaksud :

Melakukan pekerjaan yang mustahil.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coffee culturebudaya kopiPentadbiran PerniagaanTiadaGaya hidup masyarakat yang gemar meminum kopi di kafe sebagai aktiviti sosial mereka.
ghallahfaedahPerniagaan IslamTiadaFaedah yang boleh dinikmati atau diperoleh daripada barangan. Contohnya, faedah meminum susu sehingga habis daripada haiwan yang diternak, memakan buah daripada pokok dan faedah menggunakan barangan seperti kenderaan atau pakaian. Dalam mazhab Maliki, ghallah merujuk secara khusus kepada faedah tambahan seperti faedah rumah ialah mendiaminya tetapi apabila disewakan maka menjadi faedah tambahan.
intentionalitykesengajaanKesusasteraanTiadaSatu-satu penulisan yang disengajakan untuk tujuan tertentu. Contoh: episod raja China meminum air basuh kaki raja Melaka dalam Sejarah Melayu bertujuan untuk merendahkan martabat raja China.
nursing bottle carieskaries botol susuanPerubatanTiadaKaries yang muncul dengan tiba-tiba dan berkembang cepat dengan penglibatan pulpa dan biasanya berpunca dari tabiat meminum minuman bergula atau susu dari dalam botol susuan.
إقامة الحدpelaksanaan hukum hadAgama IslamFiqhMelaksanakan hukuman keseksaan yang telah ditentukan oleh Allah pada kesalahan jenayah iaitu zina, tuduhan kepada perempuan mukmin melakukan zina, meminum arak, mencuri, merompak, menderhaka dan murtad.
insultpenghinaan;hinaanKesusasteraanTiadaHinaan: Sesuatu bahagian dalam karya yang menghina sesuatu bangsa atau suku kaum dengan tujuan untuk merendahkan martabat mereka. Contoh: dalam Sejarah Melayu terdapat kisah Raja China meminum air basuh kaki Raja Melaka.
liquor liability insuranceinsurans liabiliti likuorinsuransTiadaKontrak insurans yang memberi perlindungan kepada tuan punya perniagaan yang menjual minuman keras. Perlindungan ini ialah untuk liabiliti berpunca daripada kemalangan disebabkan oleh pelanggan yang mabuk setelah meminum minuman keras yang dihidangkan atau yang dijual oleh tuan punya kedai tersebut.
liquor liability insuranceinsurans liabiliti arak/insurans liabiliti likuorPentadbiran PerniagaanTiadaKontrak insurans yang memberi perlindungan kepada tuan punya perniagaan yang menjual minuman keras. Perlindungan ini ialah untuk liabiliti berpunca daripada kemalangan disebabkan oleh pelanggan yang mabuk setelah meminum minuman keras yang dihidangkan atau yang dijual oleh tuan punya kedai tersebut.
abnormal behaviourkelakuan abnormalPenternakanGenetik dan PembiakbakaanAktiviti yang tidak mengikut kebiasaan dan berlaku pada haiwan disebabkan oleh perubahan fisiologi, persekitaran dan penyakit. Kelakuan abnormal berbeza antara spesies haiwan ternakan. Contoh kelakuan abnormal pada haiwan ternakan ialah kelakuan agresif yang melampau seperti membunuh anak atau meminum air kencing sendiri.
methanol poisoningkeracunan metanolKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan metanol, iaitu alkohol yang sangat beracun. Dos maut metanol ialah 60 mL -250 mL dan had pendedahan individu terhadap alkohol ini ialah 200 ppm. Metanol mungkin menyebabkan rasa loya, muntah, sakit perut, dan buta. Kematian mungkin berlaku selepas meminum 60 mL metanol sahaja. Dalam kes parah, hati, buah pinggang, dan jantung menunjukkan degenerasi parenkimatus. Paru-paru menunjukkan epitelium terdeskuamat, emfi sema, edema, kesesakan, dan pneumonia bronkus. Otak mungkin menunjukkan edema, hiperemia, dan petekia. Mata menunjukkan perubahan degeneratif dalam retina dan edema cakera optik, dan mungkin terdapat atrofi saraf optik. Epitelium kornea mungkin menunjukkan perubahan degeneratif.
12

Kembali ke atas