Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mo.hon] | مموهون

Definisi : meminta dgn halus (dgn hormat): ~ taufik dan petunjuk-Nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mo.hon] | مموهون

Definisi : meminta (lebih halus): kami ~ maaf atas kesilapan ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mo.hon] | مموهون

Definisi : meminta dgn hormat: Dia ingin ~ sebidang tanah utk tapak rumah. Maka Siti Zubaidah ~ supaya Sultan Abidin mengahwini Puteri Rokiah pula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.mo.hon] | مموهون

Definisi : meminta: Kami ~ ampun atas kesilapan kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mohon (kata kerja)
1. Bersinonim dengan minta: minta izin

2. Dalam konteks sastera lama
bersinonim dengan ampunilah, maaflah,

Kata Terbitan : memohon, memohonkan, permohonan, pemohon,

Puisi
 

Kain cukin basahan mandi,
     Jemur mari di hujung galah;
Ditamatkan pantun kebajikan budi,
     Memohon ampun barang yang salah.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
apply for determinationmemohon untuk penentuan/ memohon untuk penamatanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
apply for determinationmemohon untuk penentuan/ memohon untuk penamatanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
naturalizationpewarganegaraanSains PolitikPolitik PerbandinganLangkah menerima orang asing atau pendatang sebagai warganegara. Proses ini berlaku apabila pendatang memohon menjadi warganegara. Syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang yang memohon menjadi warganegara ialah seperti telah bermastautin untuk beberapa tahun, boleh berucap bahasa tempatan dan sanggup memberi kesetiaan kepada negara yang dipohon. Cara pewarganegaraan ini berbeza dengan cara jus soli atau menjadi warganegara secara automatik kerana lahir di negara tersebut. Contohnya Amold Schwarzenegger yang berasal dari Austria telah menjadi warganegara Amerika Syarikat melalui cara pewarganegaraan. Lihat juga kerakyatan.
epic questionsoalan epikKesusasteraanTiadaTeknik yang digunakan oleh penyair epik untuk memohon bantuan daripada dewi ilham atau kuasa yang lebih tinggi bagi membantu menjelaskan sesuatu yang sedang terjadi dalam cerita. Contohnya, penulis Milton banyak menggunakan teknik ini pada permulaan bukunya berjudul Paradise Lost, jilid I, VII dan IV.
one step lowerrendah satu tanggaPentadbiranTiadaDasar yang menjelaskan bahawa calon boleh memohon jawatan yang memerlukan kelayakan rendah satu tingkat daripada kelayakan calon yang ada.
litigation bondbon litigasiinsuransTiadaBon yang diperlukan oleh seseorang yang akan membuat pendakwaan di mahkamah bagi membolehkan beliau memohon ganti rugi.
industrial developmentpembangunan industriPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPermit yang dikeluarkan oleh Lembaga Perdagangan (UK) yang membenarkan sesebuah industri baharu dibangunkan. Permit ini disertakan bersama-sama semasa memohon kebenaran merancang.
development proposal reportlaporan cadangan pernajuan (LCP)Perancangan dan Pembangunan BandarTiadaDokumen perancangan yang mengandungi keterangan tentang keadaan fizikal semasa dan cadangan-cadangan terhadap sesuatu kawasan yang hendak dimajukan. Dokumen ini merupakan satu keperluan yang digunakan untuk memohon kebenaran merancang.
political asylumsuaka politikSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu yang lari dari negara asal dan meminta perlindungan negara lain kerana tekanan atau hukuman politik. Individu ini lazimnya memperjuangkan sesuatu idea yang berbeza dengan aliran perdana atau memperjuangkan hak sesuatu golongan yang tidak diterima oleh pemerintah negara tersebut. Ia dianggap telah melakukan kesalahan dalam negara itu dan menghadapi sesuatu tuduhan atau hukuman. Dengan itu, ia bertindak segera keluar dari negara asalnya dan memohon negara lain menerimanya. Perlindungan politik yang diberikan kepada individu atau kelompok ini sah di sisi undang-undang antarabangsa. Individu atau kelompok yang memohon status pelarian digelar sebagai pencari pelindung, sementara negara yang menerima pelarian ini disebut sebagai pemberi suaka atau suaka politik. Kelompok ini berbeza dengan kelompok migrasi ekonomi yang meninggalkan negara asal atas sebab atau faktor ekonomi. Contohnya, Teuku Hasan Ditiro, pemimpin Gerakan Acheh Merdeka mendapat status suaka politik dari negara Sweden.
consolidation (power)pengukuhan (kuasa)Sains PolitikPolitik PerbandinganAksi atau proses yang diambiI oleh pemimpin bagi memantapkan penguasaannya dalam pentadbiran atau pemerintahan. Tindakan ini diambil ekoran daripada kewujudan ancaman atau saingan terhadap kedudukan atau penguasaannya. Bagi menghalang ancaman tersebut, beberapa langkah pengukuhan dilakukan. Antaranya melalui pindaan atau penggubalan undang-undang seperti mewajibkan parti politik memohon permit berkempen, menghalang penerbitan sebarang media cetak selain media pemerintah, melucutkan jawatan individu yang mengancam kedudukan dan mengehadkan kebebasan berpolitik di negara tersebut. Namun begitu, terdapat juga proses pengukuhan yang bersifat positif seperti perubahan struktural dalaman sesebuah organisasi. Contohnya, kewujudan beberapa kementerian baru yang dilakukan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas memenangi Pilihan raya 2004.
12

Kembali ke atas