Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.mo.ri] | ميموري

Definisi : (mémori) 1. kenangan, ingatan; 2. bp bahagian di dlm komputer yg menyimpan maklumat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memori


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
memoryingatanFizikNanoteknologiPeranti yang dapat menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat digital dengan pantas. Peranti ini diperbuat daripada filem tipis bahan magnet ataupun filem tipis bahan optik. Memori digital diukur dalam bit, seperti kilobit dan megabit. Contoh penggunaan memori adalah pada cip RAM dalam komputer, cakera padat, pemacu pena dan pita video. Sinonim memori.
memorymemoriFizikNanoteknologiLihat ingatan.
memorymemoriKejururawatanTiadaKeupayaan otak menyimpan dan mengenang kembali perasaan, persepsi dan impian.
institutional memorymemori institusiPengurusanTiadaSet kolektif fakta, konsep, pengalaman dan pengetahuan yang disimpan oleh sesebuah organisasi atau kumpulan individu.
unified memorymemori terpaduTeknologi MaklumatTiadaGabungan sistem yang melibatkan unit pemprosesan pusat (CPU), unit pemprosesan grafik (GPU), ingatan capaian rawak (RAM) dan storan dalam satu cip ingatan yang sama.
chunkingpengelompokanSains SukanBiomekanikTeknik raptai memori dengan menghimpunkan pelbagai maklumat yang berhubung kait sebagai satu kelompok maklumat.
stream of consciousnessaliran kesedaranKesusasteraanTiadaTeknik naratif yang mendedahkan segala isi dan aktiviti dalaman minda watak pada semua tahap kesedaran untuk menggambarkan alirannya yang tidak tersusun dan tidak berkesinambungan. Isi dan aktiviti tersebut termasuklah yang berbentuk memori, persepsi indera, emosi dan renungan. Tujuan teknik ini adalah untuk menyerlahkan imej, perasaan dan pemikiran yang melintasi minda watak tanpa mementingkan logik nahu. Justeru, rakan pemikiran dan perasaan watak muncul sebagai pengaliran yang tidak diaturkan. Walau bagaimanapun, seseorang pengarang masih boleh menstrukturkan asosiasi yang seolah-olah rambang demi memperkaya persoalan dan wawasan yang ingin diterokai. Contohnya, novel Ulysses oleh James Joyce mendedahkan pemikiran dan perasaan protagonisnya, iaitu Leopold bloom. Walau bagaimanapun, struktur dan makna masih boleh ditemui apabila Joyce menggunakan mitos Yunani tentang pengembaraan watak Ulysses untuk menggarap lapisan dalam Leopold Bloom. Berbeza dengan Joyce yang menggunakan mitos Yunani, Virginia Woolf dalam karyanya To the Lighthouse pula mementingkan ulangan imej dominan dalam memerikan lapisan dalaman watak untuk menimbulkan pada puitis. Frasa stream of consciousness dicipta oleh Willian James dalam bukunya Principles of Psychology (1890). Teknik ini dipelopori oleh Dorothy Richardson dalam novelnya yang berjumlah 12 jilid berjudul Pilgrimage (1915-1967), dan oleh James Joyce dalam Ulysses (1922). Teknik ini dimantapkan lagi oleh Virginia Woolf dalam Mrs. Dalloway (1925) dan oleh William Faulkner dalam The Sound and the Fury (1928). Contoh penggunaan teknik aliran kesedaran dalam kesusasteraan Melayu ditemui dalam cerpen �Igau� oleh Shahnon Ahmad. Dalam cerpen ini, Shahnon merakamkan perasaan dan pemikiran watak protagonis untuk mendedahkan rasa keterasingan, kesunyian, dan ketidaktentuan semasa di perantauan. Istilah ini dikenali juga sebagai arus kesedaran.
collective unconsciousbawah sedar kolektifKesusasteraanTiadaCiri pengalaman dalaman manusia yang dikongsi dengan manusia lain. Konsep ini diketengahkan oleh C.G. Jung. Beliau berpendapat pengalaman secara tidak sedar bukan hanya diperoleh melalui pengalaman perseorangan, tetapi juga melalui ingatan arketip atau tipa induk turun-temurun (memori ras dalam istilah Freud). Manusia digambarkan mempunyai kecenderungan semula jadi yang sama untuk mencipta simbol-simbol tertentu yang kemudiannya dimanifestasikan dalam bentuk mitos, mimpi dan cerita rakyat. Lihat juga tipa induk.
interior monologuemonolog dalamanKesusasteraanTiadaTeknik lakonan yang melibatkan pengucapan batin seseorang watak yang ditemui dalam karya sastera. Bagi pengarang, monolog dalaman menjadi alat untuk mendedahkan perasaan, pergolakan batin dan fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam bentuk dialog. Oleh itu, monolog dalaman dianggap suatu proses mental watak yang dikongsi bersama dengan pembaca. Monolog dalaman juga boleh dirujuk sebagai bhagian atau keseluruhan teks yang merakamkan pemikiran, perasaan, persepsi dan memori watak tanpa sebarang perantaraan seolah-olah pembaca dapat menembusi mindanya. Monolog disampaikan dengan menggunakan teknik aliran kesedaran yang menekankan kecelaruan dan pengabaian logik dengan penggunaan ayat yang tidak teratur, serta idea yang tergantung dan tidak mengikut kronologi. Teknik monolog dalaman mendapat tempat dalam penulisan pada awal abad ke-20 apabila penulis mula mementingkan psikologi watak berbanding plot. Penulis masyhur dari Barat yang menggunakan teknik ini termasuklah James Joyce, Virginia Woolf dan William Faulkner. Antara penulis Malaysia yang menggunakan teknik ini ialah Shahnon Ahmad dalam karyanya Igau dan Arena Wati dalam novel Panrita.

Kembali ke atas