Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mo.ti.va.si.kan] | مموتيۏاسيکن

Definisi : memberikan dorongan, galakan, semangat, dsb utk melakukan se­suatu, mendorongkan, membangkitkan, meng­galakkan: setiap orang mestilah ada ran-cangan utk ~ diri sendiri demi kecemerlangan hidup; salah satu usahanya ialah ~ para pekerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memotivasikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
certificate of accomplishmentsijil pencapaianTeknologi Maklumate-PembelajaranPernyataan pencapaian kepada peserta yang telah melengkapkan sesuatu tahap sesi pembelajaran tertentu secara dalam talian. Pernyataan ini lebih bersifat ganjaran dan elemen untuk memotivasikan peserta bagi melengkapkan kursus yang diikuti. Pernyataan pencapaian ini bukan bersifat sijil sebenar seperti penganugerahan kredit akademik, gred atau ijazah.
visual merchandisedagangan visualPentadbiran PerniagaanTiadaProduk atau perkhidmatan yang dijual dengan cara mengoptimumkan persembahan produk dan perkhidmatan tersebut secara visual supaya lebih menonjolkan ciri dan faedahnya. Tujuannya adalah untuk menarik minat dan memotivasikan pelanggan supaya melakukan pembelian produk atau perkhidmatan tersebut.
visual merchandisingperdagangan visualPentadbiran PerniagaanTiadaAktiviti penjualan produk atau perkhidmatan dengan cara mengoptimumkan persembahan produk dan perkhidmatan tersebut secara visual supaya lebih menonjolkan ciri dan faedahnya. Tujuan perdagangan visual adalah untuk menarik minat dan memotivasikan pelanggan supaya melakukan pembelian produk atau perkhidmatan tersebut.

Kembali ke atas