Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mo.tong] | مموتوڠ

Definisi : 1. memutuskan sesuatu dgn pisau (gergaji dll), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan dll); 3. menebang (kayu, pokok dll); 4. menyembelih (binatang dll); 5. menggunting (rambut), memangkas; 6. menggunting (pakaian dll); 7. menuai (jagung, padi dll); 8. mengudungkan (tangan dll); 9. membedah (perut dll); 10. mengurangi (gaji, pendapatan dll); 11. memintasi (jalan, per­jalanan dll); 12. menyelang (percakapan, orang dll); 13. memendekkan (kata, nama dll); 14. menoreh (getah); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mo.tong] | مموتوڠ

Definisi : memenggal, mengerat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mo.tong] | مموتوڠ

Definisi : 1 memutuskan sesuatu dgn benda tajam; mengerat; memenggal: ~ kayu; ~ daging; ~ layang memotong sesuatu tipis-tipis. 2 menyembelih: ~ ayam. 3 membuat jadi berkurang; mengurangkan; memendekkan: Pihak majikan telah ~ gajinya RM60.00 kerana dia tidak datang bekerja tanpa cuti. 4 mendahului orang lain ketika berjalan dll; memintas: Jika kamu memandu kereta, jangan sekali-kali ~ di sebelah kiri. 5 menyelangi (percakapan orang); mencelah: Tidak baik ~ percakapan orang tua-tua. 6 menoreh getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
potong
Kata Terbitan : berpotong-potong, memotong, potongan, pemotongan, pemotong,

Puisi
 

Masuk ke hutan memotong gelam,
     Hendak membuat panggang para;
Muatan sarat belayar belum,
     Baru bertiup angin utara.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Memberi lauk kepada orang membantai.

Bermaksud :

Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memberi garam kepada laut, b. Membuang garam ke laut). membantai = memotong, menyembelih.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dieresispemenggalanKesusasteraanPuisiMemotong atau mengerat pembahagian idea atau pemikiran yang bersifat menjemukan pada baris atau kelompok kata sehingga menjadi rangkap. Ada kalanya perbezaan dalam melakukan pemenggalan akan membawa kepada perbezaan erti. Contohnya, puisi "Malam Ini" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. Malam ini (seperti malam-malam yang lalu) kulihat ia selalu menguntum senyum ketika menyambut ketibaanku untuk bersatu dan berlakon, cerita anak pelaut memburu hidup pemburu maut.
die cuttingpemotongan dai-TiadaProses memotong bentuk yang dikehendaki pada bahan cetak dengan menggunakan alatan khas. Sinonim perf cutting.
cross-cutpotongan silangBuluhTiadaTeknik memotong buluh secara keratan silang dengan menggunakan alat pemotong yang sesuai seperti gergaji.
over lappintasSukanLumba BasikalPerbuatan seseorang pelumba memotong pelumba lain dalam sesuatu pusingan perlumbaan.
cross-cut machinemesin potong silangBuluhTiadaAlat untuk memotong buluh secara keratan silang.
hydraulic cutterpemotong hidraulikKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat untuk memotong kepingan logam menggunakan kuasa hidraulik.
carvingukiranKesenianHiasan DalamanBentuk seni yang dihasilkan melalui proses memotong, menggaris, menoreh dan sebagainya pada permukaan kayu, batu dan logam bagi membentuk corak tertentu. Terdapat beberapa jenis ukiran, antaranya ialah ukiran tebuk.
female genitalia mutilatonmutilasi genitalia perempuanKejururawatanTiadaTindakan membuang atau memotong sebahagian atau kesemua genitalia kanak-kanak perempuan dengan alasan adat resam.
blanking machinepencetak berbilang segiKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang memotong kepingan logam nipis menjadi bentuk berbilang segi.
undercutpemakan bawahKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang digunakan untuk memotong angker.
12

Kembali ke atas