contextual interference | interferens berkonteks | Sains Sukan | Biomekanik | Gangguan dalam prestasi dan pembelajaran kemahiran, kesan daripada perbuatan mempelajari satu perlakuan yang mempunyai hubungan dengan perlakuan lain dalam kelas yang sama. Contohnya, gangguan semasa mempelajari teknik ayunan golf yang baharu, setelah teknik ayunan yang berbeza daripada sebelumnya dikuasai oleh seseorang pemain. |
Koori tourism | pelancongan Koori | Pelancongan | Tiada | Aktiviti melancong untuk mengenali dan mempelajari budaya dan kehidupan etnik Koori di Australia. |
farm visit | lawatan ladang | Pelancongan | Tiada | Kunjungan pelawat untuk menikmati suasana dan mempelajari cara hidup di ladang. |
factory tourism trip | lawatan pelancongan kilang | Pelancongan | Tiada | Kunjungan pelancong ke kilang untuk melihat dan mempelajari cara pembuatan sesuatu produk. |
workfare | bantuan daya kerja | Pentadbiran | Tiada | Polisi kerajaan untuk memastikan penganggur melakukan khidmat masyarakat atau mempelajari kemahiran baharu sebelum menerima bantuan kebajikan kerajaan. |
aural habilitation | habilitasi aural | Sains Kesihatan | Tiada | Program yang dirancang untuk melatih individu cacat pendengaran supaya dapat mempelajari kemahiran atau keboleh tertentu. |
aural rehabilitation | rehabilitasi aural | Sains Kesihatan | Tiada | Program yang dirancang untuk melatih individu cacat pendengaran supaya dapat mempelajari semula kemahiran atau kebolehan yang pernah dimilikinya. |
cognitive stage | peringkat kognitif | Sains Sukan | Biomekanik | 1. Peringkat keupayaan motor pada tahap awalan atau tahap kemahiran rendah. Pada peringkat ini, atlet mula mempelajari kemahiran-kemahiran dalam sukan dan akan cuba mengenal pasti secara keseluruhan konsep kemahiran motor. Mereka akan mengumpul sebanyak mungkin maklumat daripada persekitaran latihan atau permainan, kemudiannya diubah suai mengikut kemampuan dan kefahaman masing-masing. 2. Pencapaian kemahiran motor peringkat permulaan berdasarkan Model Pencapaian Kemahiran Motor Fitts dan Posner. |
mobile app onboarding | suai tugas app mudah alih | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Proses yang terdapat pada ciri visual peranti mudah alih yang dapat membantu pengguna mempelajari tentang aplikasi sesuatu produk, cara mula menggunakan produk dan mencari nilai terhadap sesuatu produk itu dengan mudah. Proses ini bermula dengan interaksi pertama antara pengguna dengan produk dan akan berterusan. |
learning event | peristiwa pembelajaran | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Aktiviti yang terancang dan terurus untuk membantu individu yang mengikuti bengkel, kursus, persidangan atau sesi kumulatif e-pembelajaran, kejurulatihan atau pementoran dengan mempelajari ilmu, kemahiran atau sikap baharu menerusi sesi aktiviti pembelajaran, latihan atau pembangunan yang telah diikuti dengan sepenuhnya. |