market forces | daya pasaran | Ekonomi | Tiada | Faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran sesuatu barangan yang seterusnya mempengaruhi tingkat harga dan kuantiti keseimbangan. Umumnya, apabila permintaan pasaran lebih besar daripada penawaran pasaran maka harga akan cenderung naik dan kuantiti akan cenderung bertambah. Keadaan sebaliknya akan berlaku apabila penawaran pasaran melebihi permintaan pasaran. |
ego | ego | Kesusasteraan | Tiada | Tanggapan seseorang tentang harga dirinya, yang mempengaruhi keyakinan diri, cara berfikir, bertingkah laku, berkemahuan dan tindakan. Ego seseorang itu merupakan perasaan dirinya dalam keadaan sedar, yang berupaya menguasai fikiran dan perlakuannya. Kadangkala ego turut dikaitkan dengan sifat bangga dan sayang diri. Ego mempengaruhi karya sastera seseorang pengarah. Banding egoisme. |
macroeconomic policy | dasar makroekonomi | Ekonomi | Tiada | Dasar ekonomi yang mempengaruhi agregat ekonomi yang bertujuan antara lain untuk mencapai guna tenaga penuh, menentukan tingkat harga umum yang stabil, mencapai tingkat pertumbuhan ekonomi yang memuaskan dan menstabilkan nilai mata wang negara. Pelaksanaan dasar makroekonomi melibatkan kegiatan pihak berkuasa seperti perbendaharaan atau bank pusat, memilih alat atau pemboleh ubah yang sesuai, dan menentukan tingkat pemboleh ubah yang berpatutan supaya boleh mempengaruhi pemboleh ubah sasaran mencapai tingkat yang bersesuaian dengan matlamat ekonomi yang dikehendaki. |
lobbying | melobi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Cubaan individu atau golongan pendesak mempengaruhi keputusan kerajaan sama ada secara memujuk anggota dewan perundangan, kabinet atau pihak tertentu yang membuat keputusan. Ia boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti desakan secara langsung, pembujukan kepada wakil rakyat atau menteri, menulis surat, membangkitkan isu tersebut di akhbar, menelefon pegawai yang terlibat dan penggunaan wang supaya desakan mereka diterima. Istilah melobi bermula daripada amalan pembujukan yang dilakukan di bahagian lobi atau ruang anjung dewan sehingga namanya ini kekal digunakan untuk menjelaskan maksud tersebut. Di Amerika Syarikat, golongan pendesak tertentu melaksanakan kajian terperinci mengenai sesuatu isu dan kemudian mendedahkan hasil kajian dan kesan jangka panjangnya kepada wakil rakyat, dan ini boleh mempengaruhi beliau dalam menggubal keputusan. |
twisting | pembelitan | insurans | Tiada | Perbuatan mempengaruhi pemilik polisi supaya membatalkan polisinya dengan tujuan untuk menggantikan polisi tersebut dengan yang lain. Amalan ini dianggap tidak beretika kerana ia merugikan pemilik polisi. |
westernisation | pembaratan | Kebudayaan | Tiada | Proses untuk mempengaruhi atau membiasakan diri dengan cara hidup, adat dan amalan Barat. |
power elite | elit berkuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Golongan atasan yang mendominasi kuasa politik dan ekonomi dalam sesebuah masyarakat. Golongan ini mempengaruhi keputusan politik supaya mereka mendapat kelebihan dan keuntungan dari kedudukan tersebut. Jawatan penting dalam pemerintahan ekonomi dan pentadbiran disandang secara berganti-ganti di kalangan mereka tanpa memberi peluang kepada orang lain. Walau bagaimanapun, mobiliti sosial dalam penguasaan elit ini masih terbatas. Contohnya, elit yang menguasai perniagaan alat peperangan dan ketenteraan di Amerika Syarikat yang mempengaruhi dewan senat supaya melancarkan perang bagi kepentingan perniagaan mereka. |
contestation | persaingan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan saling mempengaruhi antara individu, kelompok dan organisasi dalam sesuatu arena seperti ideologi, sokongan masyarakat, idea atau pemikiran. Situasi ini wujud dalam dua bentuk yang utama iaitu, persaingan yang bersifat positif apabila pihak yang bersaing menggunakan pendekatan yang sihat dan bermoral bagi memperoleh pengaruh masing-masing seperti menonjolkan manifesto, poster dan imej yang baik tanpa menghina pihak lawan. Contohnya, penggunaan poster secara berleluasa di kalangan parti politik dalam memperoleh undi semasa pilihan raya. Bentuk kedua merupakan persaingan yang bersifat negatif iaitu pihak yang bersaing menggunakan pendekatan yang bersifat matlamat menghalalkan cara seperti sabotaj, tikam belakang, fitnah, kawalan undang-undang, indoktrinasi intelektual, kronisme dan nepotisme untuk mendapatkan sokongan. |
edufluencer | pempengaruh didik | Pendidikan | Tiada | Individu yang boleh mempengaruhi pengikutnya atau orang lain dalam bidang pendidikan. |
fiscal policy | dasar fiskal | Ekonomi | Tiada | Dasar kerajaan untuk mempengaruhi kegiatan ekonomi dan seterusnya pertumbuhan ekonomi melalui perubahan perbelanjaan kerajaan dan sistem cukai. Umumnya, kerajaan akan menambahkan perbelanjaannya dan menurunkan kadar cukai untuk mengatasi masalah deflasi atau kemelesetan ekonomi. Sebaliknya, kerajaan akan mengurangkan perbelanjaannya dan menaikkan kadar cukai untuk mengatasi inflasi. |