health supplement | tambahan kesihatan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Produk yang didakwa boleh mengekalkan, meningkatkan dan memperbaiki fungsi kesihatan badan manusia. Produk ini dihasilkan dalam bentuk dos berunit kecil seperti kapsul, tablet, serbuk, cecair dan tidak termasuk sebarang sediaan steril (suntikan dan titis mata). Produk ini juga mungkin mengandungi satu atau lebih, atau gabungan bahan seperti yang berikut: i. vitamin, mineral, asid amino, asid lemak, enzim, probiotik, dan bahan bioaktif lain; ii. bahan semula jadi seperti haiwan, mineral, dan bahan herba sama ada dalam bentuk ekstrak, bahan terpencil, pati atau metabolit; iii. sumber sintetik bagi bahan yang disebut dalam (i) dan (ii) hanya boleh digunakan jika terbukti keselamatannya. |
emigration | emigrasi | Ekonomi | Tiada | Penghijrahan keluar tenaga buruh dari sebuah negara ke sebuah negara lain, atau dari satu kawasan geografi ke satu kawasan geografi lain, untuk memperbaiki taraf hidup mereka. |
additive | aditif | Herba | Pemiawaian | Bahan tambahan yang dimasukkan ke dalam sesuatu bahan atau campuran bahan lain dengan tujuan tertentu seperti untuk memberikan warna, menambahkan perisa atau memperbaiki sifat campuran tersebut. Contohnya, asid asetik yang ditambah sebanyak 1% dalam campuran minuman herba untuk memecahkan komponen gula bagi menghasilkan asid fenolik ringkas agar mudah diserap dalam usus. |
extender | ekstender | Perhutanan | Tiada | Bahan lengai seperti habuk kayu, tanah liat, dan tepung yang ditambah oleh pengguna kepada resin buatan bagi menambahkan isi padu bahan, dan dengan demikian mengurangkan harga atau untuk memperbaiki sifat-sifat yang dikehendaki. |
counter revolution | revolusi balas | Sains Politik | Politik Perbandingan | Revolusi yang digerakkan sebagai tindak balas terhadap revolusi yang merombak sistem, aturan sosial dan pemikiran sesebuah masyarakat. Revolusi balas ini muncul disebabkan wujudnya pemikiran yang tidak bersetuju dengan gerakan revolusi yang telah tercetus sebelum ini. Revolusi balas tidak bermakna satu gerakan yang ingin mengembalikan sistem sosial sebagaimana yang wujud sebelum itu tetapi kebiasaannya merujuk kepada keinginan untuk memperbaiki beberapa aspek dalam revolusi yang dilihat tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat. Misalnya kemunculan pemikiran Positivisme yang dipelopori oleh Henry St. Simon dan Auguste Comte pada abad ke-18 merupakan satu bentuk revolusi balas dari sudut pemikiran yang menentang aspek kebebasan mutlak yang dianjurkan oleh Revolusi Perancis ketika itu. Namun idea ini tidak bermakna mahu mengembalikan pemikiran masyarakat Perancis seperti zaman feudal sebelum revolusi tercetus. |