multiplier effect | kesan pengganda | Ekonomi | Tiada | Kesan yang berlaku terhadap satu faktor agak kecil dalam mempercepat satu perubahan besar, seperti kesan perbelanjaan kerajaan terhadap pendapatan negara. |
digestion | pencernaan | Herba | Tiada | Proses maserasi yang dilakukan pada suhu 40�C � 50�C bagi mempercepat pengekstrakan bahan herba. Penggunaan suhu yang terlalu tinggi akan menggugat kestabilan komponen kimia. |
catalytic reagent | bahan uji bermangkin | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Bahan yang terlibat dan mempercepat tindak balas kimia, namun kekal tidak berubah sehingga tindak balas selesai. |
fins | sirip | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Unjuran logam nipis yang mengeluarkan haba daripada cecair panas bagi mempercepat penyejukan enjin. |
computer-marked assignments | tugasan bertandakan komputer | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Satu cara penaksiran tugasan dengan menggunakan komputer bagi mempercepat proses maklum balas kepada pelajar. Antara cara yang terkenal ialah sistem pengecaman tanda optik (OMR), perisian penskoran tugasan berbentuk pelbagai objektif dan autoskor esei. Lihat juga autogred. |
automation | automasi | Ekonomi | Tiada | Penggunaan alat mekanik dan elektronik yang maju, seperti komputer, mesin kira, mesin pendua, dan robot, yang boleh membantu mempercepat proses sesuatu pengeluaran. Automasi meningkatkan daya pengeluaran dan mungkin mengurangkan penggunaan tenaga manusia. Automasi merupakan kesan daripada kemajuan teknologi. |
integrity pact | perjanjian integriti | Undang-undang | Tiada | Proses pengisytiharan oleh pembida/orang awam untuk tidak menawarkan atau memberikan rasuah bagi mendapatkan kontrak atau sebagai ganjaran mendapatkan sesuatu kontrak dan bagi mempercepat sesuatu urusan Perolehan Kerajaan melalui satu perjanjian yang ditandatangani bagi menggariskan tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku pelanggaran perjanjian atau kontrak tersebut. |
decapsulation | nyahkapsul | Perikanan | Akuakultur | Pengupasan kulit telur artemia di bahagian luar menggunakan larutan natrium hipoklorit (NaOCl). Kelebihan nyahkapsul adalah dapat membunuh protozoa, bakteria dan kuman-kuman yang melekat pada telur serta mempercepat proses penetasan sista artemia. |
vacuum-drying | pengeringan vakum | Herba | Tiada | Kaedah pengeringan bahan herba secara vakum pada tekanan dan suhu yang rendah. Bahan herba yang besar atau tebal perlu diracik dan diserakkan membentuk lapisan nipis untuk mempercepat pengeringan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk bahan herba yang sangat sensitif pada suhu yang tinggi dan tempoh pengeringan yang lama. Contohnya, pengeringan lidah buaya, ekstrak kopi, teh dan koko. |
artificial drying | pengeringan buatan | Herba | Tiada | Kaedah pengeringan bahan herba dalam ketuhar atau alat pengering suria yang dialirkan udara panas. Bahan herba yang besar dan tebal perlu diracik dan diserakkan membentuk lapisan nipis untuk mempercepat pengeringan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk bahan herba yang tahan panas. Contohnya, pengeringan akar tongkat ali dan kacip fatimah. |