kinetics | kinetik | Mekanik | Gunaan | Cabang ilmu dinamik yang memerihalkan sistem daya yang terlibat dengan gerakan jasad. Kinetik memperkatakan hubungan di antara daya dan momen dengan pecutan yang dialami oleh jasad. Kinetik, secara khusus, memperkatakan hukum kedua Newton, termasuk hukum yang diungkap dalam bentuk persamaan kerja –dan-tenaga serta persamaan dedenyut-dan momentum. |
allegory | alegori | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk naratif yang memperkatakan sesuatu subjek menggunakan subjek lain yang mempunyai padanan atau kesamaan dengan subjek yang pertama. Contohnya, sebuah cerita mempunyai maksud lain yang tersembunyi di sebalik maksud harfiahnya. Cerita biasanya boleh berdiri secara utuh dengan maksudnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang memahami alegori, cerita tersebut mempunyai maksud lain di sebalik maksud yang tersurat. Maksud tersirat pula menyerlah apabila padanan persis antara cerita yang tersurat dengan maksud yang tersirat dapat ditemukan secara satu persatu. Contohnya, dalam novel The Pilgrim’s Progress oleh John Bunyan. Novel ini mengisahkan pengembaraan seorang watak bernama Christian, dan watak ini menempuh pelbagai pancaroba dalam perjalanannya menuju ke Kota Celestial. Cerita tersebut boleh dipadankan dengan doktrin atau fahaman Kristian tentang perjuangan manusia untuk mendapatkan penyelamatan, dan setiap dugaan yang dilalui oleh watak Christian dalam cerita itu boleh dipadankan de |
allegory | alegori | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk naratif yang memperkatakan sesuatu subjek menggunakan subjek lain yang mempunyai padanan atau kesamaan dengan subjek yang pertama. Contohnya, sebuah cerita mempunyai maksud lain yang tersembunyi di sebalik maksud harfiahnya. Cerita biasanya boleh berdiri secara utuh dengan maksudnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang memahami alegori, cerita tersebut mempunyai maksud lain di sebalik maksud yang tersurat. Maksud tersirat pula menyerlah apabila padanan persis antara cerita yang tersurat dengan maksud yang tersirat dapat ditemukan secara satu per satu. Contohnya, dalam novel The Pilgrim & Progress olah John Bunyan. Novel ini mengisahkan pengembaraan sorang watak bernama Christian, dan watak ini menempuh pelbagai pancaroba dalam perjalanannya menuju ke Kota Celestial. Cerita tersebut boleh dipadankan dengan doktrin atau fahaman Kristian tentang perjuangan manusia untuk mendapatkan penyelamatan, dan setiap dugaan yang dilalui oleh watak Christian dalam cerita itu boleh dipadankan dengan t |
aesthetic beauty | keindahan estetik | Kesusasteraan | Tiada | Cabang falsafah memperkatakan tentang keindahan dan kecantikan terutama dalam memenuhi cita rasa mengenainya. |
kinematics | kinematik | Perubatan | Tiada | Bahagian ilmu dinamik yang memperkatakan gerakan dari segi geometri semata-mata tanpa merujuk kepada sistem daya yang terlibat dengan gerakan itu. |
kinematics | kinematik) | Kejuruteraan | Tiada | Bahagian ilmu dinamik yang memperkatakan gerakan dari segi geometri semata-mata tanpa merujuk kepada sistem daya yang terlibat dengan gerakan itu. |
dynamics | dinamik | Mekanik | Gunaan | Bahagian ilmu mekanik yang memperkatakan tentang jirim yang ditindak oleh daya atau momen tak terimbang, iaitu jirim yang mengalami pecutan di bawah tindakan beban. Dinamik boleh dibahagikan kepada kinematik dan kinetik. Lihat juga kinematik, kinetik. |
statics | statik | Mekanik | Gunaan | Bahagian ilmu mekanik yang memperkatakan tentang jirim yang berada dalam keadaan pegun ataupun bergerak dengan halaju malar di bawah tindakan sesuatu sistem daya. Lihat juga persamaan keseimbangan. |
armchair theory | teori tanpa amalan | Sejarah | Tiada | Teori yang memperkatakan tentang sikap seseorang yang memegang tampuk pemerintahan tetapi malas untuk bertindak dan tidak mengamalkan perkara-perkara yang sepatutnya diamalkan. |
mechanic; mechanics | mekanik | Mekanik | Gunaan | 1. (mechanics) Ilmu sains fizikal yang memperkatakan keadaan (pegun atau bergeraknya) jisim yang ditindak oleh sistem daya dan tentang sistem daya yang menyebabkan keadaan itu. Secara ringkas, mekanik boleh ditakrifkan sebagai kajian tentang kesan daya pada jasad yang ditindaknya. Mekanik boleh dibahagikan kepada cabang mekanik jasad tegar, mekanik jasad boleh ubah bentuk dan mekanik bendalir. Setiap cabang mekanik itu pula boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu statik dan dinamik. 2. (mechanics) Sains jentera, 3. (mechanic) Seseorang yang terlatih dalam bidang jentera, terutama sekali dari segi maali, dan mengamalkan ilmu itu sebagai suatu profesion. |