Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.ku.kuh] | ممڤرکوکوه

Definisi : menjadikan lebih kukuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.ku.kuh] | ممڤرکوکوه

Definisi : menjadikan lebih kukuh: ~ tali persaudaraan antara mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kukuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan kuat: tegap, tahan, tidak mudah rosak, tidak mudah binasa, tidak mudah runtuh, tidak mudah roboh,

2. Dalam konteks pendirian
bersinonim dengan cekal, utuh, sali, kawi, tidak mudah berubah, pagan, tidak mudah berganjak,

3. Bersinonim dengan ketat: tegap, utuh, kemas, rapi,

4. Bersinonim dengan erat: mesra, karib, rapat, akrab,

5. Bersinonim dengan bersatu: padu, bersatu padu, teguh,

Kata Terbitan : berkukuh, mengukuhkan, memperkukuh, kekukuhan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
critical thinkingpemikiran kritisKejururawatanTiadaPemikiran yang bertujuan membuat pertimbangan berdasarkan imbasan kembali terhadap bukti-bukti bagi memperkukuh rumusan.
white hattopi putihTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerIndividu berperwatakan penggodam yang menggunakan kemahiran pengaturcaraannya dan kepakaran teknikalnya untuk mencari ketakteguhan keselamatan yang wujud pada sistem komputer. Individu ini mengenal pasti dan memperbaik kelemahan tersebut untuk memperkukuh keselamatan sistem komputer dan bukannya pengguna hasad.
genregenreKesusasteraanTiadaKategori atau jenis karya sastera mengikut bentuk, teknik atau pokok persoalan. Genre yang dipilih untuk mengklasifikasikan karya sastera adalah pelbagai dan kriteria yang digunakan untuk tujuan klasifikasi berbeza. Dalam sastera Yunani purba, klasifikasi genre ditetapkan oleh Aristotle, seorang ahli teori dan falsafah terkenal, dalam karyanya Poetics merangkumi tiga aspek utama seperti yang berikut: pertama, lirik (watak utama bercakap sendiri), kedua, epik atau naratif (seorang narator bercakap sendiri dan kemudian membenarkan watak lain bercakap), dan ketiga, drama (semua watak bercakap). Dalam sejarah kesusasteraan Barat, dari Zaman Pembaharuan (Renaissance) sehingga pada abad k3-18, genre (ketika ini dikenali sebagai jenis puitika) dianggap suatu bentuk sastera yang tetap dan tidak berubah. Satu lagi klasifikasi genre bermula pada akhir abad ke-18 dan pada awal abad ke-19, apabila pengkritik Jerman membahagikan skema ini kepada tiga, iaitu sajak, novel dan drama. Kini, pengkritik sastera moden memperkukuh dan memperkembangkan spesifikasi ini dengan merangkumi semua genre sastera seperti epik, tragedi, komedi, satira dan lirik. Antara genre baharu yang dilahirkan ialah biografi, esei dan kajian sastera. Setiap genre mempunyai ciri-ciri tersendiri dan boleh diklasifikasikan mengikut subgenre. Contohnya ialah novel warkah, haiku, dan cerita detektif. Genre berasal daripada perkataan Perancis genre bermaksud �jenis dan macam�. Lihat juga biografi, cerita detektif, drama, epik, haiku, novel, puisi, satira, tragedi.

Kembali ke atas