cyberespionage | pengintipan siber | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perbuatan memperoleh rahsia dan maklumat sulit tanpa kebenaran dan pengetahuan pemegang maklumat untuk manfaat peribadi, ekonomi atau politik yang dilakukan melalui Internet. |
bibliomania | bibliomania | Perpustakaan | Tiada | Keghairahan dan keinginan yang tinggi untuk memperoleh dan mengumpul buku-buku. |
terminal hijacking | perampasan terminal | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Serangan pengguna hasad untuk memperoleh keupayaan input dan output (I/O) pada sistem komputer sasaran yang mungkin sedang digunakan oleh pengguna lain. Pengguna hasad berkenaan boleh melihat paparan skrin komputer sasaran dan menggunakan peranti inputnya sendiri, seperti papan kekunci dan tetikus untuk mengawal dan memberi arahan kepada komputer sasaran. Serangan ini dilakukan dengan bantuan perisian kawalan jauh yang disebarkan melalui perisian kekuda Trojan atau dipasang tanpa pengetahuan pengguna sistem. Contoh perisian yang digunakan ialah Back Office, YNC dan pcAnywhere. |
linearity | kelinearan | Herba | Pemiawaian | Parameter analisis yang menentukan keupayaan tatacara ujian untuk memperoleh hasil yang berkadar terus dengan kepekatan bahan yang diuji. Kriteria penerimaan hubungan linear yang dinilai adalah pekali korelasi, pintasan-y, kecerunan garis regresi dan hasil tambah ganda dua baki. Menurut Garis Panduan ICH Q2(R1), kelinearan ditentukan dengan sekurang-kurangnya lima kepekatan bahan yang diuji. |
road load data acquisition (RLDA) | perolehan data beban jalan | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Proses memperoleh data daripada pengukuran daya dan sesaran pada roda dan sistem ampaian yang dikumpulkan untuk tujuan kekuatan dan ketahanan pada kenderaan. Data dikumpulkan dengan memandu kereta yang dimuat sensor-sensor pengukur di atas trek khas. |
road load data acquisition (RLDA) | perolehan data beban jalan | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Proses memperoleh data daripada pengukuran daya dan sesaran pada roda dan sistem ampaian yang dikumpulkan untuk tujuan kekuatan dan ketahanan pada kenderaan. Data dikumpulkan dengan memandu kereta yang dimuat sensor-sensor pengukur di atas trek khas. |
insurance fraud | penipuan insurans | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah kewangan yang dilakukan dengan niat memperoleh hasil secara salah daripada proses insurans. Contohnya, tuntutan insurans palsu. |
current acocunt | akaun semasa | Ekonomi | Tiada | Akaun simpanan pelanggan dalam bank perdagangan yang tidak memperoleh pulangan faedah, malah dikenakan caj sekiranya tidak menyimpan suatu jumlah purata minimum yang ditentukan. Penyimpan akaun semasa boleh mengeluarkan wang simpanannya dengan mengemukakan cek yang dikeluarkan atas namanya. |
voyeurism | voyeurisme | Perubatan | Psikiatri | Amalan mengintai orang lain bertelanjang dan melakukan aktiviti seks untuk memperoleh keseronokan atau kepuasan seks. |
supply management | pengurusan bekalan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Tindakan untuk mengenal pasti, memperoleh dan mengurus sumber penting bagi operasi sesebuah organisasi. Tujuan utama pengurusan bekalan adalah untuk mengawal kos, mengekalkan kelestarian, membekalkan sumber yang cekap, mengurus risiko dan mengumpul maklumat yang berkesan bagi menghasilkan keputusan yang strategik. |