cynicism | sinisisme | Kesusasteraan | Tiada | Kecenderungan untuk mempersoalkan tentang sesuatu yang diterima umum atau keraguan terhadap kebaikan, kejujuran seseorang. |
cynicism | sinisisme | Sejarah | Tiada | Kecenderungan untuk mempersoalkan tentang sesuatu yang diterima umum atau keraguan terhadap kebaikan, kejujuran seseorang. |
dissent at a penalty | bantah keputusan | Sukan | Tiada | Perbuatan mempersoalkan atau menentang keputusan pengadil, sama ada dengan perilaku atau lisan. |
postmodern art | seni postmoden | Kesenian | Tiada | Seni lepas perang dunia kedua yang mempersoalkan nilai seni lukis moden. |
counter culture newspaper | surat khabar budaya songsang | Komunikasi | Tiada | Surat khabar yang mempersoalkan nilai-nilai arus perdana masa kini. |
contract of adhesion | kontrak kesertaan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kontrak yang menghendaki pihak berkenaan menerima atau menolak secara keseluruhan kontrak tersebut tanpa mempersoalkan kandungannya. Contoh : kontrak insurans. |
incontestable clause | fasal tidak boleh tanding | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Fasal dalam polisi insurans hayat dan kesihatan yang menetapkan bahawa selepas polisi berkuat kuasa selama tempoh yang ditetapkan, biasanya dua tahun, insurer tidak boleh lagi mempersoalkan pernyataan dalam borang permohonan. |
anti-utopia | antiutopia | Kesusasteraan | Tiada | Naratif yang mengkritik dunia utopia secara satira dan ironis. Ramai pengkritik menganggap bahawa antiutopia adalah sama dengan distopia yang memaparkan masyarakat bobrok. Karya distopia hanya mengkritik aspek yang negatif dalam masyarakat. Namun karya antiutopia mempersoalkan kedua-dua aspek sifat manusia, sama ada yang negatif atau positif (sempurna atau bobrok) dalam masyarakat. Lihat juga distopia. |
postmodenism | pascamodenisme | Kesusasteraan | Tiada | Aliran pemikiran yang dilihat sebagai lanjutan daripada modenisme serta mencabar tradisi dan konvensi. Pancamodenisme dilihat sebagai pemisahan daripada modenisme, terutamanya dalam mempertikaikan keutuhan struktur karya modenisme secara lebih radikal. Contohnya, novel Merahnya Merah oleh Iwan Simatupang. Novel ini mempersoalkan realisme, kesatuan teks dan penyelesaian teks yang rapi. Aliran ini mula berpengaruh pada tahun 1960-an. Sejak itu, istilah ini mula digunakan untuk memerikan karya seni. Lihat juga metafiksyen, modenisme. |
affective criticism | kritikan afektif | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang mengukur keberkesanan karya sastera berdasarkan emosi pembaca yang dirangsangkan oleh karya tersebut. Contohnya, dalam teori katarsis yang diperkenalkan oleh Aristotle, penonton drama tragedi akan bersama-sama mengalami emosi yang dialami oleh watak utama. Sesetengah teori mempersoalkan kritikan ini kerana dikatakan bersifat subjektif dan dianggap menimbulkan andaian yang tidak tepat atau kekeliruan afektif. Lihat juga kekeliruan afektif. |