curriculum enrichment | pengayaan kurikulum | Pendidikan | Tiada | Mempertingkat program pengajian dengan memilih atau mengadakan aktiviti terpilih seperti lawatan, penceramah jemputan, alat bantu mengajar serta bahan lain yang sesuai. |
add-on security | keselamatan tambahan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Mekanisme perlindungan bagi mempertingkat keselamatan sistem komputer dengan menggunakan perkakasan atau perisian. Contohnya, perkakasan Dongel, perisian antivirus dan tembok api. |
human resource development | pembangunan sumber manusia | Pentadbiran | Tiada | Usaha terus-menerus pengurusan untuk mempertingkat kecekapan pekerja dan prestasi organisasi melalui latihan, pembelajaran dan program pembangunan. |
denormalization | penyahnormalan | Teknologi Maklumat | Tiada | Tatacara lawanan bagi penormalan, dilakukan semata-mata untuk mempertingkat keupayaan sistem. |
management development | pembangunan pengurusan | Pentadbiran | Tiada | Pengalaman pembelajaran yang disediakan oleh organisasi dengan tujuan mempertingkat kemahiran dan pengetahuan dalam pengurusan kini dan masa depan. |
coprocessor | kopemproses | Teknologi Maklumat | Tiada | Cip atau litar mikrokomputer khas yang direka bentuk untuk melakukan pemprosesan khas bagi mempertingkat kuasa pengkomputan sesuatu sistem, seperti kopemproses grafik. |
software evolution | evolusi perisian | Teknologi Maklumat | Perisian | Salah satu proses dalam aktiviti kejuruteraan semula. Proses ini dilakukan bertujuan untuk mempertingkat kesempurnaan, pembetulan dan kebolehselenggaraan sesuatu perisian. Contoh proses ini ialah penstrukturan semula dan pendokumentasian semula. Evolusi perisian dibuat untuk memenuhi keperluan baharu perisian tersebut. |
warning pane | kaca peringatan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kotak dialog yang dipaparkan untuk memaklumkan pengguna berkenaan ralat, masalah keselamatan, amaran, atau peringatan untuk mempertingkat keupayaan keselamatan komputer. Kaca peringatan sering disertakan dalam perisian untuk memaklumkan pengguna sekiranya terdapat insiden keselamatan pada perisian tersebut. |
recode | pengekodan semula | Teknologi Maklumat | Perisian | Perubahan yang dilakukan kepada ciri yang terdapat dalam fasa implementasi. Contohnya, perubahan pada peringkat kod sumber ialah penterjemahan bahasa dan penstrukturan aliran kawalan. Perubahan lain termasuklah penyeragaman piawaian pengekodan, mempertingkat kebolehbacaan kod sumber dan penamaan semula butiran pengaturcaraan. |
programme management | pengurusan program | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Cara atau kaedah bagaimana sesuatu program ditadbir, diurus dan dikawalselia supaya ia dapat dilaksanakan dengan sempurna. Pelbagai pihak terlibat dalam pengurusan program, bermula daripada pihak perancang, bahagian kewangan, pelaksana dan bahagian pemantauan program. Pengurusan program yang berkesan bukan sahaja dapat mempertingkat kualiti perkhidmatan, malah daya saing dan kemantapan sesebuah organisasi. Walau bagaimanapun, pengurusan program sentiasa berhadapan dengan risiko kerugian sekiranya tidak ditangani dan dikawal dengan rapi dan sempurna. |