Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.pi.sang] | ممڤيسڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok kecil), mer­padi, Polyalthia canangioides; ~ hitam sj tumbuhan (pokok memanjat), pisang-pisang hitam, Oxymitra biglandulosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempisang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mempisangmempisangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu dalam beberapa genus famili Anonaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah antui, jangkang, manitan, monitan dan pisang pisang; di Sabah ialah karai, dan di Sarawak ialah akau dan kepayang babi. Tidak kurang daripada lima genus menghasilkan kayu ini, dan antara spesies termasuk Cyathocalyx pruniferus, Platymita siamensis, Polyalthia glauca, dan Xylopia ferruginea. Gubal kayu mempisang sukar dibezakan daripada teras kayunya, yang berwarna kuning keputihan dan kuning coklat. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata kerana mempunyai tisu ruji yang lebar. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 370 hingga 960 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu mempisang mudah diproses dan dikemas siap tetapi lambat mengering. Kayu ini sesuai digunakan untuk kerja binaan ringan, penghasilan venir hirisanm, kotak dan anak mancis; manakala spesies yang lebih tumpul digunakan untuk lantai parket dan peralatan geometri.
cemetery tree (Polyalthia canangioides)mempisang (Polyalthia canangioides)PertanianTiadaTiada

Kembali ke atas