Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.pro.mo.si.kan] | ممڤروموسيکن

Definisi : melakukan promosi utk sesuatu yg (hendak) dipasarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.pro.mo.si.kan] | ممڤروموسيکن

Definisi : melakukan promosi utk sesuatu yg (akan) dipasarkan: Beliau akan menjelajahi seluruh tanah air utk ~ album barunya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempromosikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
event managementpengurusan acaraPelanconganTiadaAktiviti untuk menguruskan, mempromosikan dan mengendalikan acara yang dianjurkan oleh sesebuah organisasi.
self-promotionpromosi diriPengurusanTiadaPerbuatan atau tindakan individu mempromosikan atau menonjolkan reputasi baik, profil, dan kepentingannya agar lebih dikenali oleh orang lain untuk kemajuan kerjaya.
go-to-marketpasaran bersasarPerniagaanTiadaPelan tindakan sesuatu syarikat untuk mempromosikan dan melancarkan produk atau perkhidmatannya dalam pasaran dengan cara yang dapat menarik minat pelanggan sasaran.
corporate eventacara korporatPelanconganTiadaAcara yang dianjurkan oleh organisasi untuk tujuan tertentu, seperti mempromosikan produk, meraikan kejayaan atau menyambut ulang tahun syarikat.
affiliated hotelhotel bergabungPelanconganTiadaSekumpulan hotel yang bekerjasama untuk mencapai tujuan tertentu, seperti mempromosikan produk dan meningkatkan daya saing.
visual merchandiserpedagang visualPentadbiran PerniagaanTiadaIndividu yang bekerja dengan merancang, mereka cipta dan melaksanakan strategi bagi mempromosikan perdagangan visual secara kreatif. Individu ini juga bertanggungjawab dalam membuat paparan visual sesuatu produk atau perkhidmatan yang menarik termasuklah menghasilkan paparan tingkap, papan tanda, paparan dalaman, paparan lantai dan paparan promosi khas yang dapat menarik perhatian pelanggan untuk membeli produk atau perkhidmatan tersebut.
Health Information Technology Standards Panel (HITSP)Panel Standard Teknologi Maklumat Kesihatan (HITSP)Teknologi Maklumate-KesihatanOrganisasi yang ditubuhkan untuk mempromosikan keseragaman dan kesalingkendalian dalam pelbagai aplikasi penjagaan kesihatan dan sistem maklumat. Organisasi ini terdiri daripada pakar penjagaan kesihatan awam dan swasta, termasuklah pembangun aplikasi dan sistem, agensi kerajaan dan pengguna.
roving ambassadorduta litarPentadbiranTiadaDuta yang dihantar oleh sesebuah negara untuk melawat beberapa buah negara secara bergilir untuk mempromosikan kepentingan dan hubungan baik antara negara yang diwakili mereka dengan negara-negara yang dilawati.
crowd marketingpemasaran khalayakPentadbiran PerniagaanTiadaTeknik pemasaran yang melibatkan penggunaan forum dan rangkaian media sosial untuk menghubungkan khalayak sasaran dan mempromosikan produk secara langsung.

Kembali ke atas