evidence of health | bukti kesihatan | insurans | Tiada | Bukti mengenai kesihatan yang memuaskan yang diperlukan oleh insurer apabila seseorang ingin memperbaharui polisinya setelah luput. Pembaharuan ini hendaklah dilakukan dalam masa yang ditetapkan oleh insurer. |
decent standard of living | taraf hidup yang wajar | Pentadbiran | Tiada | Tingkat kemewahan hidup memuaskan yang merangkumi makanan, air, tempat tinggal, pendidikan, penjagaan kesihatan, pengangkutan, pakaian dan keperluan penting lain, termasuklah persediaan untuk kejadian yang tidak dijangka. |
maintenance bond | bon selenggara | insurans | Tiada | Bon yang memberi jaminan bahawa pekerja yang tidak memuaskan akan diperbaiki atau bahan yang tidak di dalam keadaan baik akan diganti dalam sesuatu tempoh yang ditetapkan selepas penerima kerja yang telah siap. |
respiratory distress syndrome | sindrom distres respirasi | Kejururawatan | Tiada | Keadaan paru-paru tidak mengembang dengan memuaskan kerana kekurangan surfaktan, biasanya berlaku pada bayi pramatang. Pernafasannya cepat, sukar dan cetek. |
respiratory distress | distres respirasi | Kejururawatan | Tiada | Keadaan gangguan pernafasan apabila paru-paru tidak mengembang dengan memuaskan. |
multistage process | proses berbilang tahap | Kimia | Kimia Analisis | Proses pemisahan berturutan apabila perubahan komposisi pada satu tahap tidak memuaskan dan beberapa tahap lagi disambung secara bersiri. Contohnya turus penyulingan berplat atau pengekstrak arus berlawanan Craig. |
political development | pembangunan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan politik sesebuah masyarakat yang sudah mencapai satu tahap yang baik atau matang. Politik yang maju sering dilihat sebagai memuaskan hati rakyat, dapat memelihara hak dan kepentingan orang ramai, berupaya memajukan ekonomi negara serta sentiasa dapat memelihara kestabilan dan keamanan. Dalam persoalan ini, timbul perdebatan mengenai negara yang lebih matang tahap politiknya. Bagi negara demokrasi, mereka mendakwa lebih matang dalam politik begitu juga dengan negara sosialis dan komunis yang mendakwa sedemikian. Contohnya, pembangunan politik negara-negara Scandinavia sangat pesat dan tinggi. Sinonim kemajuan politik. |
macroeconomic policy | dasar makroekonomi | Ekonomi | Tiada | Dasar ekonomi yang mempengaruhi agregat ekonomi yang bertujuan antara lain untuk mencapai guna tenaga penuh, menentukan tingkat harga umum yang stabil, mencapai tingkat pertumbuhan ekonomi yang memuaskan dan menstabilkan nilai mata wang negara. Pelaksanaan dasar makroekonomi melibatkan kegiatan pihak berkuasa seperti perbendaharaan atau bank pusat, memilih alat atau pemboleh ubah yang sesuai, dan menentukan tingkat pemboleh ubah yang berpatutan supaya boleh mempengaruhi pemboleh ubah sasaran mencapai tingkat yang bersesuaian dengan matlamat ekonomi yang dikehendaki. |
contract analysis | analisis kontrak | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Pengujian terhadap bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba yang dilaksanakan berdasarkan perjanjian yang sah mengikut undang-undang antara pemberi kontrak dengan penerima kontrak. Ujian yang dilakukan perlu diperincikan dengan betul, dipersetujui dan dikawal untuk mengelakkan salah faham yang boleh menyebabkan kualiti ujian tidak memuaskan. Penerima kontrak harus menyatakan dengan jelas tentang pegawai yang diberi kuasa dan bertanggungjawab melaksanakan ujian tersebut. |
coercive power | kuasa paksaan | Pentadbiran | Tiada | Autoriti yang berpunca daripada kawalan seseorang pentadbir melalui hukuman atau menolak pemberian ganjaran kepada kakitangan bawahan. Kuasa paksaan selalu dimiliki oleh mereka yang boleh memecat, mengurangkan gaji, menangguhkan bayaran, menahan atau menurunkan pangkat seseorang yang tidak mengikut arahan serta peraturan yang ditetapkan dan mungkin oleh kerana pencapaian yang tidak memuaskan. Oleh itu, seseorang pentadbir memperoleh kuasa kerana kakitangan takut dihukum jika tidak mengikut peraturan organisasi. Pada hari ini kuasa paksaan lebih difokuskan kepada aspek psikologi dan emosi. Walaupun undang-undang mengehadkan kebolehan seseorang pentadbir menggunakan kuasa paksaan, namun kuasa paksaan masih digunakan oleh kebanyakan organisasi kerana pentadbir atasan hendak mendapatkan kepatuhan daripada kakitangan bawahan. |