ring gap | pelega gelang | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Ruang di antara bahagian hujung gelang omboh yang memudahkan gelang omboh dipasang ke dalam alur gelang omboh dan memudahkan gelang omboh mengembang apabila menjadi panas. |
expectorant | ekspektoran | Herba | Fitoterapi | Bahan untuk memudahkan pengeluaran kahak atau cecair lain dari saluran pernafasan melalui batuk. |
hypnotic | hipnotik | Herba | Fitoterapi | Bahan yang memudahkan atau membantu untuk tidur. |
facilitating product | produk pemudah | Pelancongan | Tiada | Dokumen bertulis yang memudahkan urusan keluar masuk di sempadan negara. |
human smuggling | penyeludupan manusia | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan mengatur, memudahkan atau merancang secara langsung atau tidak langsung kemasukan mana-mana orang merentas sempadan antarabangsa yang menyalahi undang-undang sesebuah negara. Perbuatan ini boleh dilakukan dengan kerelaan atau tanpa kerelaan mangsa, secara rahsia atau melalui perdayaan, seperti penggunaan dokumen palsu. Lazimnya, perbuatan ini dilakukan oleh sindiket dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Contohnya, imigran yang diseludup masuk untuk dijadikan sebagai buruh ladang. |
image pile | susunan imej | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Model teori untuk memudahkan pengiraan keratan rentas saling tindak antara neutron dengan bahan boleh belah. |
fictitious pile | susunan bayangan | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Model teori untuk memudahkan pengiraan taburan fluks neutron dan ketumpatan kuasa di dalam teras reaktor dengan mengandaikan tatarajah teras yang unggul. |
surfactant | surfaktan | Fizik | Nanoteknologi | Bahan yang berfungsi mengurangkan tegangan permukaan suatu cecair, memudahkan penyebaran cecair dan menurunkan tegangan antara permukaan dua cecair. Surfaktan biasanya sebatian organik yang bersifat amfifilik, iaitu mengandungi kumpulan hidrofobik sebagai ekor dan kumpulan hidrofilik sebagai kepala. Surfaktan larut dalam kedua-dua pelarut organik dan air. Contohnya, alkilpolietilena oksida, benzalkonium klorida, sabun dan garam asid lemak. Surfaktan digunakan untuk menyalut bintik kuantum atau nanozarah untuk mengelakkan zarah daripada mengagregat. |
extract bank | bank ekstrak | Herba | Pemiawaian | Satu sistem penyimpanan ekstrak herba bagi memudahkan pencarian dan mengekalkan kualiti ekstrak daripada kerosakan. Contohnya, bank ekstrak di makmal fitokimia menyediakan peti penyimpanan sejuk yang telah dilabelkan mengikut abjad. |
ecbolic | ekbolik | Herba | Fitoterapi | Bahan yang berupaya meningkatkan pengecutan rahim dan digunakan untuk memudahkan proses bersalin atau pengguguran kandungan. |