self destruction | kemusnahan diri | Kejururawatan | Tiada | Tindakan yang memudaratkan diri sendiri, contohnya mencederakan diri sendiri. |
social aggression | keagresifan sosial | Kejururawatan | Tiada | Tindakan tanpa pertimbangan yang memudaratkan orang lain dan salah di sisi undang-undang bagi pesakit yang mengalami tekanan perasaan. |
child abuse | penderaan kanak-kanak | Kejururawatan | Tiada | Perbuatan yang kejam dan memudaratkan kanak-kanak. |
hazardous solvent | pelarut berbahaya | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Bahan yang memudaratkan dan boleh melarutkan bahan lain. Contohnya, alkohol, benzena, toluena, xilena, kerosin dan terpentin. |
dangerous drug | dadah berbahaya | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Ubat atau bahan yang memudaratkan seperti dalam senarai Akta Dadah Berbahaya 1952. Contohnya ialah opium, koka, ganja dan marijuana. |
spouse abuse | aniaya pasangan | Kejururawatan | Tiada | Penderaan pasangan dengan tindakan kejam dan memudaratkan, yang salah di sisi undang-undang. |
violent behaviour | tingkah laku ganas | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tingkah laku agresif mana-mana individu yang memudaratkan diri sendiri, orang lain atau harta benda. Contohnya, seorang lelaki bersikap kasar dengan teman wanitanya sehingga mendatangkan kecederaan. |
substance abuse | penyalahgunaan bahan | Kejururawatan | Tiada | Penggunaan bahan-bahan seperti dadah, alkohol atau rokok yang memudaratkan kesihatan individu dan mengakibatkan ketagihan. |
environmental hazard | bahaya alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Bahan atau keadaan yang boleh memudaratkan persekitaran semula jadi atau memberikan kesan negatif terhadap kesihatan ekosistem. Bahaya alam sekitar merangkumi pencemaran yang disebabkan oleh aktiviti manusia, contohnya pembakaran terbuka, pelepasan sisa toksik secara haram dan bencana alam seperti ribut, gempa bumi, banjir dan letusan gunung berapi. |
benign | benigna | Herba | Pemiawaian | Berkaitan dengan ketumbuhan atau tumor dalam tisu tubuh yang cenderung membesar, tetapi tidak memudaratkan atau mengakibatkan kematian. Contohnya, ekstrak terpiawai goniotalamin daripada pokok kenerak (Goniothalamus umbrosus) digunakan untuk merawat benigna pada peringkat awal. Banding malignan. |