Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mu.kul] | مموکول

Definisi : 1. mengenakan sesuatu yg keras atau berat dgn kuat, memalu, membalun, menempa, mengetuk, meninju, menokok, menumbuk, dll: kepalanya dipukul dgn besi paip; ~ beduk (gendang, genderang, tabuh, tambur, dll) membunyikan beduk dll dgn pemalu; 2. ki melanggar, menempuh, mengalah­kan, menyerang, dll: apabila ia datang ~ Tanah Jawa maka mereka pun hendaklah menyerta bersama-sama dr darat; perahunya terbalik dipukul ombak Laut Kalzum; bersinar-sinar bercahaya dipukul cahaya bulan bersinar-sinar bercahaya ditempuh cahaya bulan; 3. ki mengambil (mendapat) untung banyak-banyak, mengecoh, menipu: ini bukan menolong tetapi ~ namanya; 4. ki memakan atau membunuh (dlm permainan catur): tidak dapat ~ kuda; 5. ki = memukulkan ark Id memperbanyakkan, mendarabkan, mengalikan: belajar membahagi dan ~; dua dipukulkan dgn tiga; ~ besi menempa besi; ~ cap mengecap; ~ gambar mengambil gambar, memotret; ~ gamelan (canang, gong, sarun, dll) memainkan gamelan dll; ~ kawat Id berkirim telegram; ~ ‘knock-out’ meninju sehingga langsung kalah; ~ meja mengetuk meja; ~ mundur menyerang (musuh) hingga mundur; ~ musuh menyerang (meng­alahkan) musuh; ~ rata(kan) menjadikan rata-rata, menyamaratakan; ~ roboh meninju sam­pai roboh; ~ telefon bp bertelefon; ~ telur (dll) mengacau telur (supaya hancur dan naik); dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu prb Mn serba salah dlm sesuatu pekerjaan yg sangat sulit (dikerjakan berbahaya, tidak di­kerjakan pun berbahaya); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.kul] | مموکول

Definisi : mengetuk; ~ dulu bayar belakang barangnya diambil dulu, pembayarannya dibuat kemudian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.kul] | مموکول

Definisi : 1 mengenakan sesuatu yg keras dgn kuat; mengetuk; memalu: ~ canang. 2 merempuh atau melanggar; menyerang. ~ musuh menyerang musuh. ~ rata menjadikan sama rata. ~ telefon bp membuat panggilan telefon. ~ telegram bp mengirim telegram. ~ telur mengacau telur supaya hancur dan naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pukul1 (kata nama)
Bersinonim dengan jam.
Kata Terbitan : memukul, pukulan, pemukul,

Puisi
 

Raja panggil memukul canang,
     Canang dipukul bertali-tali;
Hendak meminta ataupun meminang,
     Bolehlah abang meminta sendiri.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Melakak kucing di dapur.

Bermaksud :

Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melukah ikan dalam panai, b. Memukul kucing di dapur). melakak = memukul dengan barang keras.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
positively accelerated learning curvelengkok pembelajaran cembungSains SukanBiomekanikLengkok yang menggambarkan tahap peningkatan yang mendadak semasa awal pembelajaran kemahiran motor, disusuli tahap peningkatan yang perlahan setelah kemahiran asas dikuasai. Contohnya, kemahiran asas memukul dalam badminton sangat mudah dipelajari. Namun, kemahiran memukul dengan laju, tepat dan terkawal sukar dipelajari.
assaultseranganKriminologiKeadilan JenayahTindakan menyerang yang tidak melibatkan sentuhan, termasuklah percubaan memukul atau dengan tindakan atau perkataan yang menyebabkan ketakutan kepada mangsa.
acute batteringpukulan akutKriminologiKeadilan JenayahSerangan fizikal yang melibatkan sentuhan kekerasan, termasuklah memukul, menumbuk atau menampar mangsa. Serangan tersebut berlaku tanpa dapat diramal oleh mangsa dan di luar kawalan mangsa.
criminal assaultamang jenayahKriminologiKeadilan JenayahSerangan yang tidak melibatkan sentuhan, termasuklah percubaan memukul atau dengan tindakan atau perkataan, yang melanggar undang-undang dan menyebabkan ketakutan kepada mangsa.
cyclo polopolo basikaSukanLumba BasikalPermainan bola berbasikal yang menggunakan kayu untuk memukul bola.
teqballtekbolSukanTiadaSejenis permainan yang dimainkan oleh dua atau empat orang pemain secara memukul bola dengan menggunakan mana-mana bahagian anggota badan kecuali lengan dan tangan di atas meja yang melengkung.
aggravated batteryserang sentuh terukKriminologiKeadilan JenayahSerangan yang melibatkan sentuhan fizikal yang teruk seperti memukul, menumbuk atau menampar, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah. Serangan ini juga boleh berlaku dengan menggunakan senjata seperti pisau atau objek tumpul.
acute battering phasefasa pukulan akutKriminologiKeadilan JenayahFasa serangan fizikal yang melibatkan sentuhan kekerasan, termasuklah memukul, menumbuk atau menampar mangsa. Serangan tersebut berlaku tanpa diramal oleh mangsa dan di luar kawalan mangsa. Fasa ini merupakan sebahagian daripada kitaran keganasan rumah tangga.
external forcedaya luarSains SukanBiomekanikDaya yang bertindak terhadap sesuatu jasad, hasil interaksi dengan persekitaran. Contohnya, memukul bola hoki dengan menggunakan kayu hoki.
aggravated assaultamang terukKriminologiKeadilan JenayahSerangan yang teruk, yang tidak melibatkan sentuhan fizikal. Serangan ini termasuklah percubaan memukul, atau dengan tindakan atau perkataan yang menyebabkan ketakutan yang amat sangat kepada mangsa.
123

Kembali ke atas