Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mu.la.kan] | ممولاکن

Definisi : 1. = memulai mula membuat (melakukan) sesuatu: dia terus menunjukkan cara mereka ~ peraduan itu; 2. melakukan (mengerjakan) dr mula, mengasaskan: me-mang sukar hendak ~ sesuatu perniagaan tetapi adalah lebih sukar lagi utk memelihara perniagaan itu; 3. membiarkan mula me­lakukan sesuatu: orang Parsi menunggu orang Islam ~ serangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.la.kan] | ممولاکن

Definisi : 1 bermula melakukan atau membuat sesuatu: Mereka baru saja ~ gerakan bergotong-royong. 2 melakukan atau menjalankan sesuatu dr mula; mengasaskan: Beliaulah yg ~ syarikat kerjasama di kampung ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
in media resin medias resKesusasteraanTiadaTeknik memulakan cerita di tengah-tengah oleh pengarang dalam naratif. Teknik ini berbeza dengan kebanyakan naratif yang memulakan cerita di permulaan. Teknik ini membolehkan pengarang bergerak ke depan dan menyorot ke belakang cerita untuk memberikan maklumat yang perlu di tempat yang sesuai untuk menyampaikan cerita. Teknik bertujuan untuk menarik perhatian khalayak secara serta-merta, khususnya jika sesuatu peristiwa yang dipersembahkan sangat menarik atau mengejutkan. In medias res digunakan dalam semua genre, tetapi lumrahnya dikaitkan dengan puisi epik. In medias res berasal daripada perkataan Laitn yang bermaksud �di tengah-tengah sesuatu�. Lihat juga epik, imbas kembali.
activation leveltahap pengaktifanSains SukanBiomekanikTahap aktiviti neuron dalam sistem saraf pusat di saraf tunjang yang memulakan proses penghasilan pergerakan. Pada tahap ini, bahagian dorsal (belakang) saraf tunjang akan memulakan mekanisme pemprosesan saraf, manakala bahagian ventral (hadapan) saraf tunjang mencetuskan output lakuan.
curtain raiserpembuka tiraiKesusasteraanTiadaPertunjukan sebelum memulakan sesebuah persembahan. Pertunjukan biasanya terdapat dalam persembahan drama dan teater. Pembuka tirai biasanya dalam bentuk selingan muzik atau sebuah sketsa (persembahan pendek) yang bertujuan untuk menghiburkan khalayak sebelum pementasan utama bermula. Contohnya, lagu-lagu selingan dalam persembahan wayang kulit, lagu buka tirai dalam bangsawan, dan overture dalam opera.
artisan entrepreneurusahawan artisanPerniagaanTiadaIndividu yang memulakan perniagaan dengan berbekalkan kemahiran teknikal dan sedikit pengetahuan perniagaan.
contingent annuityanuiti kontingeninsuransTiadaAnuiti yang memulakan pembayaran faedah hanya selepas sesuatu peristiwa atau beberapa peristiwa yang ditetapkan berlaku.
survivorship annuityanuiti pemandiriinsuransTiadaKontrak yang memulakan pembayaran faedah anuiti jika anuitan masih hidup selepas kematian hayat yang lain.
primary insurerinsurer primerinsuransTiadaSyarikat yang memulakan sesuatu urus niaga insurans. Contoh: syarikat mengesid.
indentationpelekukan; ensotanPentadbiran PerniagaanTiadaEnsot: Kaedah memulakan satu baris lebih jauh dari garis tepi.
flying startmula lajuSukanLumba BasikalPerbuatan memulakan perlumbaan sepantas mungkin.
initial expensesbelanja permulaaninsuransTiadaKos perbelanjaan semasa memulakan perniagaan.
1234

Kembali ke atas