Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mun.ca/] | ممونچق

Definisi : 1. menuju ke puncak, membum­bung tinggi-tinggi, meningkat ke paras dsb yg tinggi atau makin tinggi, tinggi-tinggi: api yg sedang marak dan ~ sekali; 2. menjadi sangat (genting, tegang, dll), meluap-luap (semangat dll), melambung (harga): kemarahannya kian ~; kegiatan pejuang-pejuang BK yg ~ dr hari ke hari; harga barang-barang di kedainya ~ naik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mun.ca/] | ممونچق

Definisi : meningkat tinggi-tinggi; membumbung tinggi; menjadi sangat-sangat: Harga barang-barang telah ~ naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puncak (kata nama)
Bersinonim dengan kemuncak, mercu, hujung, yang tertinggi, yang teratas, rabung;,
Kata Terbitan : memuncak,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
comic reliefkelegaan komikKesusasteraanTiadaAdegan yang melegakan buat sementara waktu ketika ketegangan aksi memuncak. Adegan ini biasa ditemui dalam drama tragedi. Contohnya, dalam drama berjudul King Lear oleh Shakespeare. Adegan dalam drama ini dapat dilihat melalui watak fool (badut) bergurau dengan Lear. Adegan ini juga ditemui dalam drama Shakespere berjudul Macbeth melalui watak penjaga pintu yang mabuk. Adegan yang melibatkan penakawan dalam cerita wayang kulit juga dianggap sebagai kelegaan komik. Lihat juga tragedi.
obligatory sceneadegan wajibKesusasteraanTiadaKonvensi dramatik yang merupakan satu babak yang perlu disediakan oleh pengarang dalam perkembangan plot drama atau teater. Konvensi ini amat diharapkan oleh khalayak. Adegan wajib memberi kesan emosi yang memuncak dalam drama. Contohnya, dalam drama Hamlet karya Shakespeare, babak pertembungan antara Hamlet dengan ibunya ialah adegan wajib yang dijangkakan oleh khalayak dan memberikan kesan emosi yang mendalam. Dalam filem Hang tuah, adegan wajib yang meruntun perasaan khalayak ialah pertarungan maut antara Hang Tuah dan Hang Jebat.
iron curtaintabir besiSains PolitikPolitik PerbandinganSempadan yang memisahkan wilayah tertentu berasaskan perbezaan ideologi, politik, ekonomi atau kebudayaan. Tabir besi dibina untuk melarang sebarang interaksi antara penduduk dari dua wilayah yang bertentangan. Dalam realiti, tirai besi ini pernah dibina di Berlin pada tahun 1961 apabila ia memisahkan rakyat timur Berlin yang berada di bawah pemerintahan komunis dan barat Berlin yang berada di bawah pemerintah demokrasi. Penduduk timur Berlin tidak dibenarkan melakukan sebarang bentuk interaksi atau menyeberangi barat Berlin. Tabir ini dirobohkan kesan daripada tuntutan demokrasi yang memuncak pada tahun 1989. Sinonim tirai besi.

Kembali ke atas