Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pupuk (kata nama)
1. Bersinonim dengan baja: kompos, serasah, rabuk,

2. Bersinonim dengan perangsang: pencetus

Kata Terbitan : memupuk,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
health policydasar kesihatanPentadbiranTiadaDasar yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memupuk kesedaran dan memelihara kesihatan awam dengan melancarkan pelbagai program dan penguatkuasaan pelbagai peraturan yang berkaitan. Dasar kesihatan yang baik boleh memastikan bekalan makanan dan air bersih kepada orang ramai, memelihara kebersihan alam sekitar, mengawal kesihatan ibu dan bayi, menguatkuasa imunisasi penyakit berjangkit dan memperluaskan perkhidmatan kesihatan dan hospital sehingga ke kawasan pedalaman. Dasar seperti ini turut menumpukan perhatian kepada penghindaran jangkitan penyakit merbahaya seperti AIDS, kusta, batuk kering, taun, SARS dan polio. Di samping itu dasar kesihatan yang ketat turut mengawal pembekalan ubat dan dadah tertentu, penjualan bahan terkawal seperti minuman keras, ubat batuk dan rokok. Terdapat juga dasar kesihatan di negara tertentu yang mewajibkan pengambilan polisi insuran kesihatan bagi rawatan hospital dan terdapat dasar kesihatan yang memberi khidmat hospital dan rawatan percuma seperti negara kebajikan di Norway dan Denmark. Namun, tidak semua negara memiliki dasar kesihatan ini terutamanya negara sedang membangun seperti Sudan dan Etiopia.1">

Kembali ke atas