Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mu.sat.kan] | مموستکن

Definisi : mengarahkan (mengumpul­kan, menujukan, dll) ke suatu tempat (per­kara, titik, dll): Malaysia ~ ekonominya kpd pengeluaran getah dan bijih timah; apabila menjadi khalifah ia meninggalkan perniagaannya dan ~ seluruh tenaganya utk mengembangkan agama Islam; sebahagian drpd kekuatan tentera dipusatkan di sempadan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.sat.kan] | مموستکن

Definisi : menghalakan seluruh tujuan (pandangan, gerakan dll) ke arah yg satu; tidak memecah-mecahkan atau tidak membahagi-bahagikan sesuatu; menumpukan seluruhnya pd: Dia ~ seluruh tenaga utk memajukan syarikatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pusat (kata nama)
Bersinonim dengan punca, tumpuan, pangkalan, sasaran;,
Kata Terbitan : berpusat, memusatkan, pemusatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
urban biascenderung bandarPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu keadaan atau kecenderungan memusatkan sebahagian besar sumber yang ada untuk pembangunan di kawasan bandar.
stylisticsstailistikaKesusasteraanTiadaKajian gaya penulisan dan ujaran yang menggunakan wacana dan konsep yang ditetapkan oleh disiplin ilmunya. Stailistika pada zaman moden merupakan perkembangan daripada kajian retorik dan pidato pada zaman sebelumnya. Minat terhadap kajian gaya penulisan ini meluas di Eropah pada awal abad ke-30, dan dipelopori di Britain dan U.S.A. pada tahun 1960-an. Stailistika berkait rapat dengan kritikan praktikal yang memusatkan kritikan kepada analisis teks. Kedua-dua kaedah ini berkongsi matlamat yang sama, iaitu meneliti ciri formal (bukan isi) bahasa yang digunakan. Apabila linguistik dimanfaatkan dalam kritikan sastera, bidang ini dikenali sebagai stailistika sastera. Sebaliknya, apabila kajian stailistika tidak berfokus pada kajian sastera tetapi pada penciptaan kaedah atau model untuk analisis bahasa, bidang itu dikenali sebagai stailistika linguistik.

Kembali ke atas