disinfectant | bahan penyahjangkit | Herba | Pemiawaian | Agen yang digunakan untuk memusnahkan atau merencat aktiviti mikroorganisma. Bahan penyahjangkit terdiri daripada bahan penyahjangkit lengkap, iaitu bahan yang dapat memusnahkan spora dan bentuk vegetatif mikroorganisma, dan bahan penyahjangkit tak lengkap, iaitu bahan yang dapat memusnahkan bentuk vegetatif, tetapi tidak dapat memusnahkan spora mikroorganisma tersebut. Contohnya, ekstrak sirih (Piper betle) yang dijadikan sebagai bahan pembersih wanita. |
Kanzius RF therapy | terapi Kanzius RF | Fizik | Nanoteknologi | Sejenis terapi kanser yang menggunakan nanozarah yang disangkut pada sel kanser dan diberikan sinaran elektromagnet pada frekuensi radio (RF). Apabila menerima sinaran ini, nanozarah akan menjadi panas dan memusnahkan sel kanser tanpa memusnahkan sel yang sihat. |
cancer nanotherapy | nanoterapi kanser | Fizik | Nanoteknologi | Sejenis terapi kanser yang menggunakan nanozarah yang peka dengan rangsangan seperti gelombang elektromagnet, medan magnet dan akustik. Apabila rangsangan dikenakan, nanozarah menjadi panas dan memusnahkan sel kanser tetapi tidak memusnahkan sel yang sihat. Lihat juga terapi Kanzius RF. |
antineoplastic | antineoplastik | Herba | Tiada | Herba yang memusnahkan, merencat dan mencegah tumor. Contoh herba ini ialah bawang putih, lidah buaya, kemunting cina, kunyit, misai kucing, safron, kulit kayu pain dan biji flaks. |
antiviral | antiviral | Herba | Tiada | Herba yang memusnahkan virus dalam tubuh. Contoh herba ini ialah kunyit, lidah buaya, akar manis, astragalus, barli, kalendula, echinacea (ekinasea), cendawan maitake dan reishi, dan raspberi merah. |
vermifuge | vermifuj | Herba | Tiada | Herba yang memusnahkan atau mengeluarkan cacing parasit yang terdapat di dalam usus. Contoh herba vermifuj ialah tembakau, cengkih, bawang putih dan habatussauda. Herba vermifuj untuk haiwan ialah buah pinang. Sinonim antelmintik. |
antibiotic | antibiotik | Herba | Fitoterapi | Bahan yang dapat memusnahkan atau menghalang pembiakan dan pertumbuhan bakteria dalam badan. |
antiprotozoal | antiprotozoa | Herba | Fitoterapi | Bahan yang dapat memusnahkan atau merencatkan pertumbuhan dan pembiakan protozoa. |
disinfection | disinfeksi | Perikanan | Akuakultur | Proses membasmi atau memusnahkan mikroorganisma pada peralatan dan bahan yang digunakan untuk mengelakkan pencemaran. |
vandalism | laku musnah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan memusnahkan, merosakkan atau mengotori harta benda awam tanpa kebenaran pihak berkuasa. Contohnya, perbuatan seperti menconteng lukisan mural pada bangunan kerajaan, atau merosakkan dan menconteng tempat duduk di dalam pengangkutan awam. |