Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nai.ki]/[me.nai/.ki] | مناءيقي

Definisi : 1. memanjat, mendaki: ~ gunung; ~ takhta menjadi raja, mulai memerintah sbg raja; 2. pergi dgn kenderaan, mengenderai, menunggang: kenderaan apa yg akan engkau naiki utk ke Pulau Pinang? 3. memasuki rumah (dgn menggunakan tangga): rumah itu telah dinaiki pencuri; 4. mulai mendiami rumah (baru); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nai.ki]/[me.nai/.ki] | مناءيقي

Definisi : 1 memanjat atau mendaki (gunung dll). 2 pergi ke sesuatu tempat dgn kenderaan; mengenderai. 3 memasuki rumah mela­lui tangga: Rumahnya dinaiki pencuri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
naik (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bergerak ke atas: meninggi, mengatas, membumbung, rafak, mumbul,
Berantonim dengan turun

2. Bersinonim dengan mendaki: memanjat
Berantonim dengan turun

3. Bersinonim dengan mengenderai: menunggang, membawa, memandu,

4. Bersinonim dengan bertambah: meningkat, menjulang,
Berantonim dengan turun

Kata Terbitan : menaiki, menaikkan, kenaikan,

Puisi
 

Biar tidak menaiki lori,
     Asal boleh naik kereta;
Biar tak makan dua hari,
     Asalkan boleh berjumpa mata.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
river tubingtetiub sungaiSukanTiadaAktiviti menyusuri sungai dengan menaiki alat seperti pelampung berbentuk tiub.
motorcoach tourlawatan koc bermotorPelanconganTiadaLawatan melalui perjalanan darat dengan menaiki kenderaan bermotor sepanjang masa.
flight seeinglawatan udaraPelanconganTiadaAktiviti melihat pemandangan yang menarik dengan menaiki helikopter, kapal terbang atau belon udara.
uphill (mountain bike)daki bukit (basikal bukit)SukanLumba BasikalAcara lumba basikal menaiki bukit.
river boat tourismpelancongan susur sungaiPelanconganTiadaAktiviti melancong untuk menyusuri sungai dengan menaiki perahu berenjin.
safari tourismpelancongan safariPelanconganTiadaAktiviti melancong yang berkonsepkan pemerhatian terhadap binatang liar dengan menaiki kenderaan khas.
night drivespandu malamUmumTiadaAktiviti ekspedisi pada waktu malam utk melihat haiwan nokturnal dengan menaiki kenderaan dalam kawasan itu. Aktiviti ini popular di Afrika Selatan.
fun-filled adventurecabaran penuh hiburanPelanconganTiadaAktiviti pelancongan berasaskan cabaran untuk memenuhi kepuasan pelancong, seperti menaiki roller- coaster.
minimum connecting timemasa bersambung minimumPelanconganTiadaTempoh minimum yang ditetapkan agar penumpang dapat meneruskan perjalanan dengan menaiki kapal terbang yang berlainan.
puritanismpuritanismeKesusasteraanTiadaPegangan agama Kristian yang menekankan ketegasan dan kepatuhan dalam hal moral dan agama. Pada awalnya, puritanisme merujuk kepada prinsip dan cara hidup kumpulan Puritan, iaitu kumpulan orang Protestan di England. Pada abad ke-16, kumpulan ini menuntut reformasi dalam doktrin dan upacara sembahyang. Pada abad ke-17, puritanisme menjadi pegangan sebuah parti politik yang mempunyai kuasa besar. Kumpulan ini menaiki kapal Mayflower untuk datang ke Dunia Baharu, iaitu Amerika. Mereka bercita-cita mendirikan kerajaan berdasarkan sistem keagamaan yang dianggap tulen. Pemikiran puritanisme ini mempengaruhi pengarang awal di Amerika.
12

Kembali ke atas