Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nai/.kan] | مناءيقکن

Definisi : 1. menjadikan naik (tinggi), meninggikan: ~ layang-layang; ~ bendera; 2. membawa ke tempat tinggi: maka Seri Rama dan Sita Dewi pun dinaikkan oranglah ke atas gunung-gunungan; 3. meletakkan ke atas kenderaan (kereta, gajah, perahu, dll): akan Semar dan Jemuras pun ~ per­bekalan­nya ke atas kudanya; kuli-kuli sedang ~ barang ke kapal; 4. menjadikan lebih tinggi (pangkat, gaji, taraf hidup, dll); 5. menjadikan bertambah tinggi (semangat, kemarahan, dsb): kata-kata perangsang itu ~ semangat­nya utk belajar bersungguh-sungguh lagi; ~ cukai meninggikan cukai; ~ darah me­nyebabkan jadi marah; ~ gaji meninggikan atau menambah gaji; ~ harga meninggikan harga; ~ pangkat meninggikan pangkat; ~ semangat membesarkan semangat (mem­beranikan, menggembirakan); 6. menjadi naik (kembang, bkn adunan kuih, dsb): serbuk penaik dicampurkan utk ~ adunan kuih itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nai/.kan] | مناءيقکن

Definisi : 1 menjadikan naik; meletakkan di tempat yg tinggi; me­ninggikan: ~ bendera. 2 meletakkan barang ke atas kereta, kapal dll: Kuli sedang sibuk ~ barang-barang ke kapal. 3 men­jadikan lebih tinggi (pangkat, taraf hidup dsb). 4 menjadikan bertambah kuat (bkn semangat, kemarahan dsb): Keja­yaan abangnya telah ~ semangat Amin utk belajar bersungguh-sungguh. 5 menjadikan naik (bkn adunan kuih); mengembangkan: Serbuk penaik dicam­purkan sedikit utk ~ adunan itu. ~ gaji meninggikan gaji. ~ harga meninggikan harga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
naik (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bergerak ke atas: meninggi, mengatas, membumbung, rafak, mumbul,
Berantonim dengan turun

2. Bersinonim dengan mendaki: memanjat
Berantonim dengan turun

3. Bersinonim dengan mengenderai: menunggang, membawa, memandu,

4. Bersinonim dengan bertambah: meningkat, menjulang,
Berantonim dengan turun

Kata Terbitan : menaiki, menaikkan, kenaikan,

Peribahasa

Membandarkan air ke bukit.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghitung bulu kambing, b. Menaikkan bendar sondai). membandarkan = mengalirkan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aphrodisiacafrodisiakSains KesihatanTiadaBahan yang boleh menaikkan syahwat.
pigmentpigmenPerikananAkuakulturBahan berwarna yang terdapat dalam tisu tumbuhan atau haiwan yang dikenali juga sebagai astaksantin. Pigmen digunakan dalam makanan ikan hiasan untuk menaikkan warna ikan supaya kelihatan menarik. Antara bahan pewarna tiruan yang digunakan dalam makanan ialah karotinoid yang diekstrak daripada bakteria atau lobak merah. Terdapat juga makanan hidup semula jadi yang digunakan untuk menaikkan warna ikan hiasan seperti ikan arowana, iaitu cengkerik dan lipan.
heat capacitymuatan habaFizikTiadaKuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu sistem sebanyak satu darjah pada keadaan tertentu, biasanya pada tekanan malar atau isi padu malar.
top-uptambah nilaiUmumTiadaJumlah yang ditambah pada sesuatu untuk menaikkan atau mengekalkannya pada tahap tertentu.
surplus budgetbelanjawan lebihanEkonomiTiadaDasar belanjawan kerajaan yang jumlah hasilnya melebihi jumlah perbelanjaan bagi satu tahun fiskal. Belanjawan ini mungkin dicapai dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan atau menaikkan cukai, atau kedua-duanya sekali.
consumption taxcukai penggunaanEkonomiTiadaCukai yang dikenakan terhadap jumlah barang dan perkhidmatan yang dibelanjakan oleh pengguna. Jumlah cukai yang dibayar berbeza mengikut perbelanjaan pengguna. Sebenarnya cukai yang dikenakan terhadap pengeluar boleh dipindahkan kepada pengguna dengan menaikkan harga barang. Cukai penggunaan berbentuk regresif.
fiscal policydasar fiskalEkonomiTiadaDasar kerajaan untuk mempengaruhi kegiatan ekonomi dan seterusnya pertumbuhan ekonomi melalui perubahan perbelanjaan kerajaan dan sistem cukai. Umumnya, kerajaan akan menambahkan perbelanjaannya dan menurunkan kadar cukai untuk mengatasi masalah deflasi atau kemelesetan ekonomi. Sebaliknya, kerajaan akan mengurangkan perbelanjaannya dan menaikkan kadar cukai untuk mengatasi inflasi.
agrarian movementGerakan agrariaSains PolitikPolitik PerbandinganGerakan sosial yang dipelopori oleh kelas petani dalam sesebuah masyarakat. Gerakan ini dibentuk untuk membela nasib golongan petani yang ditindas oleh golongan tuan tanah atau golongan feudal. Gerakan ini amat popular pada pertengahan abad ke-20 di Amerika Latin, Afrika dan Asia seperti di China. Pada tahun 1935, gerakan agraria yang muncul di Amerika Latin adalah untuk menuntut supaya golongan tuan tanah dan pihak pemerintah menaikkan kadar upah di ladang serta memberi hak milik tanah kepada mereka.
constitutional crisiskrisis perlembagaanSains PolitikPolitik PerbandinganKonflik yang wujud ekoran daripada tindakan sesuatu pihak untuk meminda atau merombak bahagian tertentu dalam dokumen perlembagaan. Tindakan tersebut menimbulkan bantahan atau tentangan daripada kelompok lain yang kemudian membawa kepada krisis perlembagaan. Pindaan atau rombakan dokumen perlembagaan akan hanya menimbulkan krisis apabila tindakan tersebut melampaui batas yang diterima seperti mengehadkan bidang kehakiman, menghapuskan hak istimewa kelompok tertentu, mengurangkan peruntukan belanjawan pihak tertentu atau menaikkan cukai dalam sektor tertentu. Contohnya, Malaysia pemah mengalami krisis perlembagaan pada tahun 1983 apabila kuasa raja-raja dihadkan.
diesel cyclekitar dieselKejuruteraan AutomotifEnjinPrinsip kerja yang digunakan dalam operasi enjin diesel empat lejang. Kitar ini bermula dengan udara disedut semasa lejang pengambilan dan dimampatkan oleh pergerakan omboh semasa lejang mampatan ke takat terakhir atas. Semasa proses mampatan, udara mengalami kenaikan suhu dan tekanan. Sebelum lejang mampatan berakhir, bahan api disuntik ke dalam kebuk pembakaran. Proses mampatan seterusnya akan menaikkan lagi suhu campuran udara-bahan api sehingga melepasi titik kilat bahan api tersebut. Akibatnya, campuran ini tercucuh dengan sendiri dan proses pembakaran berlaku sepenuhnya semasa lejang kuasa. Kitar ini menjadi lengkap dengan hasil p ditolak keluar semasa lejang ekzos. Banding kitar Otto.

Kembali ke atas