centering | pemusatan; penengahan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Penengahan: Kaedah menaip dengan mengenengahkan ayat, perkataan atau lajur dalam sesuatu halaman dengan mengambil kira ruang kiri, kanan, atas dan bawah. |
phantom word | kata silap | Kesusasteraan | Tiada | Perkataan yang wujud kerana kesalahan menyalin, menaip, atau mencetak. Kesalahan ini sering terjadi semasa penyalinan manuskrip sastera, menyebabkan munculnya pelbagai versi manuskrip. Lihat juga kesilapan penyurat. |
typosquatting | jebakan tipo | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Keadaan apabila pengguna web tersilap menaip ejaan nama domain semasa membuat carian lalu mereka didorong untuk melayari laman web lain yang serupa dengan nama domain yang didaftarkan dan terkenal. |
netiquette | netika | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Etika dalam Internet. Etika ini melibatkan kod atau kaedah tingkah laku yang sesuai semasa berinteraksi dalam Internet sama ada melalui e-mel, sembang-sembang atau ketika menggunakan kumpulan Usenet. Contohnya, menaip mesej dengan menggunakan huruf besar semuanya bermaksud anda menjerit dalam web. Pengguna tidak boleh menghantar e-mel kepada sembarang orang, terutamanya e-mel yang mengandungi mesej tidak munasabah atau yang tidak dimintanya. |
graphical user interface (GUI) | antara muka grafik pengguna (GUI) | Teknologi Maklumat | Tiada | Antara muka sesuatu perisian atau aplikasi dalam bentuk ikon, menu atau visual yang perlu diaktifkan dengan menggunakan peranti penuding (contoh tetikus) bagi menjalankan perisian atau aplikasi tersebut. GUI berlawanan dengan antara muka berasaskan aksara yang memerlukan pengguna menaip aksara yang membentuk arahan seperti MS-DOS atau UNIX. Sinonim antara muka visual, GUI. |
graphical user interface (GUI) | antara muka grafik pengguna (GUI) | Teknologi Maklumat | Tiada | Istilah generik yang merujuk antara muka sesuatu perisian atau aplikasi dalam bentuk ikon, menu atau visual yang perlu diaktifkan dengan menggunakan peranti penuding (contoh tetikus) bagi menjalankan perisian atau aplikasi tersebut. GUI berlawanan dengan antara muka berasas aksara yang memerlukan pengguna menaip aksara yang membentuk arahan seperti MS-DOS atau UNIX. Sinonim antara muka visual. |