Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.naÖ.lu.ki]/[me.naÖ.lu/.ki] | منعلوقي

Definisi : 1. = menaklukkan menye­rang dan mengalahkan serta menguasai (memerintah), menumpaskan dan menguasai, menundukkan: bangsa Turki ~ Istanbul pd tahun 1453 Masihi; khabarnya konon perang besar menaklukkan Bonjol pun terjadilah; 2. ki menguasai: dgn ini, dongeng-dongeng dgn sendirinya ~ fikiran dan jiwa rakyat supaya taat setia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
takluk
Kata Terbitan : menakluki, tertakluk, taklukan, penaklukan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dominant firmfirma dominanEkonomiTiadaFirma yang dapat menakluki sebahagian besar pasaran dan mengekalkan kuasa pasaran dengan sendirinya tanpa bekerjasama atau berpakat dengan firma-firma lain sama ada secara nyata atau tidak.
efficient frontiersempadan cekapPentadbiran PerniagaanTiadaGaris atau keluk yang menunjukkan pulang terjangka pada setiap tahap risiko pada sesuatu portfolio cekap. Aset yang terletak di garis ini menakluki aset lain dari segi pulangan terjangka dalam kelas risiko tertentu atau risiko minimum pada paras pulangan terjangka tertentu.
sanctionsanksiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHukuman yang dikenakan kerana melanggar undang-undang atau triti. Sanksi termasuklah sekatan ekonomi, sanksi ketenteraan dan pemecatan. Contohnya, Majlis Keselamatan PBB pernah mengenakan sekatan ekonomi dan sanksi ketenteraan ke atas Iraq kerana melanggar Piagam PBB dengan menakluki Kuwait pada 1990. Contoh lain ialah Rhodesia dan Afrika Selatan yang pernah dikenakan sekatan ekonomi sewaktu mereka menjalankan Pengisytiharan Kemerdekaan Satu Pihak (UDI) yang membawa kepada pemerintahan minoriti kulit putih (Rhodesia) dan dasar Aparteid (Afrika Selatan).
military sanctionsanksi ketenteraanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan oleh tentera udara, laut atau darat di bawah kelolaan Majlis Keselamatan PBB bagi mengekalkan atau mengembalikan keamanan atau keselamatan antarabangsa. Tindakan ini termasuklah sekatan, pengepungan dan demonstrasi ketenteraan. Demonstrasi ketenteraan merujuk kepada serangan atau mempamerkan kekuatan bagi tujuan memperdayakan musuh. Sanksi ketenteraan hanya boleh dilakukan jika sanksi ekonomi, diplomatik dan komunikasi tidak berkesan. Sanksi ketenteraan merupakan sebahagian daripada sistem keselamatan bersama yang diperuntukkan oleh Bab VII Piagam PBB. Oleh sebab PBB tidak mempunyai angkatan bersenjatanya sendiri, negara anggota hendaklah menyumbang tentera bagi tujuan ini. Contohnya, sanksi ketenteraan yang dikenakan ke atas Iraq kerana melanggar Piagam PBB dengan menakluki Kuwait pada 1990. Sanksi ketenteraan mampu menjadikan negara yang disasarkan kurang agresif seperti apa yang telah berlaku kepada Iraq.

Kembali ke atas