Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nak.sir] | منکسير

Definisi : 1. mengira atau meng­­hitung banyaknya sesuatu (harga dll): ditaksir-taksir Solihin perongkosan yg harus dikeluarkan­nya; 2. menyangka, menelah, mengagak, mengi­ra: penduduk Vietnam Utara ditaksir sebanyak tiga belas juta; 3. memberi peng­hargaan (dgn sewajarnya), menghargai, me­nilai: dgn jalan itu, penyelidik seni sastera dapat mengenal sesuatu ciptaan dgn lebih baik lagi dan akhirnya dapat ~ nilai ciptaan seni itu; 4. mengkaji, meneliti: kita hendaklah ~ semula kedudukan kita yg tertakluk sangat-sangat pd getah asli; 5. = naksir ingin me­miliki (mempunyai) sesuatu, menghen­daki, berkeinginan utk, ada keinginan hendak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nak.sir] | منکسير

Definisi : 1 mengira atau menghitung jumlah, harga dll (ttg sesuatu); menentukan harga dll dgn kira-kira: Dia ~ kerugian yg dialami, yg berjumlah sebanyak RM15,000/-. 2 menyangka atau mengagak dgn me­lihat-lihat keadaan; menilai secara agak-agak; mengagak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menaksir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adjusteradjusterinsuransTiadaOrang yang menaksir, menyelaras serta menetapkan tahap liabiliti sesebuah syarikat insurans apabila tuntutan diterima.
average adjusterajuster averajinsuransTiadaOrang yang menaksir, menyelaras serta menetapkan kerugian dalam insurans marin.
lay underwriterpengunderait biasainsuransTiadaWakil syarikat yang menaksir risiko berdasarkan kebarangkalian dan statistik yang diketahuinya serta latar belakang seseorang individu. Lazimnya wakil syarikat ini mempunyai pengetahuan risiko perubatan, walaupun ianya bukan seorang doktor perubatan.

Kembali ke atas