Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ma.i] | مناماءي

Definisi : membubuh (memberi) nama kpd, menggelari: ia ~ anaknya itu Naziha; jabatan tersebut dinamai sedemikian utk mengajar orang-orang Mesir tentang dunia Timur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.ma.i] | مناماءي

Definisi : memberikan nama kpd; membubuh nama pd; menggelar seseorang: Dia ~ anaknya Adli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nama (kata nama)
1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,

2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,

Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama,

Peribahasa

Menanam mumbang.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menamai anak dalam kandungan).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
homologyhomologiKesusasteraanTiadaPersamaan dalam bentuk struktur fikiran. Lucien Goldman, seorang ahli teori sosiologi Rumania menamai bentuk persamaan ini sebagai homologi. Goldman berpendapat struktur fikiran bukan suatu struktur linguistik tetapi merupakan corak hubung kait antara konsep tertentu. Struktur sesuatu karya sastera yang dihasilkan itu mempunyai persamaan atau nilai homologi dengan struktur fikiran kumpulan sosial yang diperkatakan dalam karya tersebut.
botanical namenama botaniHerbaPeraturan dan PemasaranNama saintifik tumbuhan dalam bahasa Latin. Kebiasaannya nama botani mengandungi tiga perkataan. Perkataan pertama dimulai dengan huruf besar yang ditulis dalam huruf condong untuk menyatakan genus tumbuhan. Perkataan kedua juga ditulis dalam huruf condong untuk menyatakan spesiesnya, sementara perkataan ketiga menyatakan nama ahli botani yang menemui dan menamai tumbuhan tersebut. Nama botani suatu tumbuhan adalah berdasarkan Kod Antarabangsa Tatanama Botani (ICBN). Namun, bagi tumbuhan kultigen, kultivar tambahan dan/atau kumpulan epitet adalah berdasarkan pada Kod Antarabangsa Tatanama bagi Tumbuhan Tanaman. Contohnya, Orthosiphon stamineus Benth. ialah nama botani pokok misai kucing.

Kembali ke atas