license creative commons (CC) | lesen kreatif terbuka (CC) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sijil hak cipta awam yang membolehkan pihak lain menyebar, menambah, mengubah suai, menambah baik dan berkongsi hasil kerja kreatif yang dilindungi undang-undang hak cipta. Terdapat beberapa jenis lesen seperti lesen penggunaan tanpa syarat (CC0) dan lesen penggunaan dengan pemberian kredit (CC-BY). Sijil ini bertujuan untuk menggalakkan penyebaran dan penggunaan hasil kerja kreatif berlesen. Lihat juga hak terbuka, hak cipta. |
dubbing | dabing | Sosiologi | Tiada | Proses mencipta, menambah atau menggantikan trek audio dan video. |
editing | penyuntingan | - | Tiada | Proses menyemak dan menambah baik manuskrip yang melibatkan bahasa, persembahan, fakta, bahan grafik dan lain-lain. |
value belief | kepercayaan nilai | Kejururawatan | Tiada | Kesanggupan mengekalkan, menambah baik atau menyingkirkan kepercayaan dengan mengambil kira pendapat individu terhadap sesuatu yang dianggap baik atau buruk. |
antioxidant | antioksidan | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang digunakan untuk menambah atau mencegah molekul dalam badan daripada teroksida. Contohnya, daun cekur (Kaempferia galanga), ulam raja (Cosmos caudatus) dan pelbagai jenis buah limau yang bersifat antioksidan. |
reduction | penyingkatan; penyempitan (makna) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 4. Proses bagi menambah rasa kepada makanan dengan mengaup cecair dan sos yang dimasak sehingga tinggal separuh di atas api yang sederhana. |
reducing agent | agen penurun | Kimia | Kimia Analisis | Bahan yang mudah mengeluarkan oksigen, menambah hidrogen atau menderma elektron. Contoh agen pengoksida adalah seperti gas hidrogen. |
extender | peluas; pemuai | Kesenian | Tiada | Pemuai: Bahan yang ditambahkan pada pewarna untuk menambah isi padu, mengawal kepekatan atau mengurangkan kekuatan warna. |
debenture | debentur | Ekonomi | Tiada | Modal pinjaman yang dibuat oleh sesebuah syarikat perniagaan untuk menambah modal pusingan perniagaan. Debentur ini akan dibayar faedah, tetapi tidak boleh menerima dividen syarikat tersebut. Debentur juga diterbitkan oleh syarikat awam yang dapat diniagakan di Bursa Saham. Ia berbeza daripada saham yang juga merupakan pinjaman syarikat tetapi dibayar dividen. |
shroud | selubung | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kepingan melengkung yang dipasang mengelilingi kipas enjin, untuk menambah prestasi edaran udara yang melalui penyinar sistem penyejuk enjin. |