Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tanam
Kata Terbitan : bertanam, menanam, tertanam, penanam,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
seed densitykepadatan biji benihPertanianAgronomi

 Kuantiti atau bilangan biji benih yang digunakan untuk penanaman bagi satu unit kawasan. Contohnya, 25 kg - 30 kg biji benih padi digunakan untuk menanam padi seluas 1 hektar. Terdapat kepadatan biji benih yang optimum dan memberikan hasil terbaik untuk tanaman tertentu.

post-emergence tillagepembajakan pascacambahPertanianAgronomi

1.  Aktiviti menggemburkan tanah dengan alat bajak setelah biji benih rumpai  bercambah, untuk menghapuskan rumpai. Aktiviti ini dilakukan sebelum menanam tanaman.
2. Aktiviti menggemburkan tanah dengan alat bajak di antara barisan tanaman setelah biji benih tanaman bercambah, yang bertujuan untuk mengawal rumpai antara baris.
 
Pembajakan yang dilakukan selepas penuaian hasil, untuk membersihkan sisa hasil tanaman, sebelum penanaman berikutnya. Selain itu, pembajakan pascatuai juga dapat meningkatkan kelembapan tanah.

container growingpenanaman berwadahPertanianAgronomi

 Kaedah menanam tanaman dalam bekas yang diisikan dengan medium tanaman seperti campuran tanah, bahan organik atau medium sintetik. Bekas atau pasu tanaman boleh diperbuat daripada pelbagai bahan seperti plastik, tembikar atau logam. Saiz bekas mestilah bersesuaian dengan saiz pokok supaya isi padu akar mencukupi untuk menyerap nutrien dan air bagi kegunaan tanaman. Sebagai panduan, diameter bekas haruslah antara 1/2 hingga 1/3 tinggi pokok. Bekas itu juga perlu mempunyai lubang di bahagian bawah untuk membolehkan air berlebihan disalirkan keluar. Kelebihan tanaman berwadah ialah mudah dialih dan diatur serta sesuai untuk tanaman hiasan di dalam atau berhampiran dengan bangunan. Selain itu, penanaman berwadah sesuai digunakan di ruangan yang terhad.


Kembali ke atas