base line | garisan asas | Kesenian | Hiasan Dalaman | Garisan melintang yang paling bawah dalam lukisan seni bina. Garisan ini menandakan asas lukisan atau reka bentuk yang terbawah. Contohnya, dalam lukisan perspektif, garisan ini menandakan atau membayangkan satah gambar di atas aras tanah. Dalam bidang kejuruteraan dan ukur tanah pula, garisan asas merupakan garisan pertama yang menandakan lokasi dan ukuran sebagai asas atau dasar. Garisan asas ini akan menentukan garisan-garisan, sudut dan jarak lain yang tercatat atau telah diprogramkan dalam bidang ukur tanah, atau sebidang tanah pada peta atau pelan. |
annual ring | cecincin tahunan; gegelang tahunan | Biologi | Tiada | 1. Salah satu gegelang pertumbuhan, dilihat dalam keratan melintang dikotiledon, menandakan pertumbuhan sekunder dalam masa setahun.,2. Gegelung yang menandakan pertumbuhan pada cangkerang haiwan dwicangkerang. |
reagent purity | ketulenan reagen | Kimia | Kimia Analisis | Pengelasan reagen berdasarkan ketulenannya. Reagen yang dilabel teknikal atau komersial biasanya tidak tulen. Gred ‘USP’ menandakan hanya reagen tersebut mematuhi keperluan United States Pharmacopoeia. Sebutan ‘CP’ menandakan reagen ini lebih tulen daripada reagen teknikal. Reagen yang ditanda ‘gred reagen’ atau ‘reagen teranalisis’ merupakan bahan-bahan tulen yang telah dianalisis untuk menentukan tahap ketulenannya. Sekumpulan reagen yang sangat tulen dinamakan reagen piawai primer. Reagen ini digunakan untuk menentukan kepekatan larutan dalam analisis volumetri atau tujuan lain yang ketulenan reagen itu penting. |
rubor | rubor | Kejururawatan | Tiada | Kemerahan yang menandakan inflamasi tisu. |
oil viscosity | kelikatan minyak | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Ukuran rintangan terhadap aliran minyak yang diukur dalam unit kg/ms, P (Poise) atau St (Stokes) atau dalam bentuk indeks kelikatan piawai. Nilai tinggi menandakan rintangan yang lebih terhadap aliran, menyebabkan aliran mengalir dengan lebih perlahan. Pada masa yang sama, nilai tinggi juga menandakan keupayaan minyak untuk menanggung beban yang tinggi. Kelikatan minyak berubah dengan kadar songsang terhadap suhu. Minyak yang baik ialah minyak yang dapat mengekalkan kelikatannya dalam enjin pada julat suhu yang besar. |
financial instrument | alat kewangan | Ekonomi | Tiada | Sebarang dokumen yang menandakan pemegangnya mempunyai tuntutan kewangan terhadap pihak yang mengeluarkan dokumen tersebut. Misalnya, bil, bon, sijil deposit, dan saham atau ekuiti syarikat. |
pause | jeda | Kesusasteraan | Tiada | Perhentian suara yang sekejap untuk menandakan batas hubungan antara bahagian-bahagian ayat. |
expiry date | tarikh akhir | Herba | Tiada | Masa yang ditetapkan untuk menandakan tarikh (bulan dan tahun) sah digunakan bagi suatu sediaan herba. Tarikh ini ditentukan daripada kajian kestabilan sediaan herba dan merujuk kepada status degradasi sediaan herba semasa disimpan dalam keadaan yang tertentu. Tarikh akhir ini berbeza mengikut jenis sediaan herba. Biasanya sediaan ekstrak herba mempunyai tarikh akhir yang lebih lama berbanding sediaan herba mentah. |
calibrate | tentukuran | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Proses menandakan skala pada skrin alat ultrasonik yang akan memberi maklumat kepada isyarat bunyi yang dikesan oleh prob. Lihat juga kaedah penentukuran. |
research octane number | nombor oktana penyelidikan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Skala yang menandakan nombor oktana yang digunakan dalam penyelidikan dan dalam rujukan jurnal. Nilai nombor oktana penyelidikan adalah lebih tinggi daripada nilai MON dan ber- beza dari segi kepekaan. Singkatan RON. |