Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.nga.ni] | مناڠني

Definisi : 1. mengerjakan (sendiri), mem­buat sendiri, mengusahakan: pekerjaan yg berat-berat pun ditanganinya; masih belum ada sesiapa pun antara kita yg ~ bidang ini secara bersungguh-sungguh; 2. = me­nangan­kan memukuli (dgn tangan) supaya jera, mengajar: kalau tidak menge­nang­kan ke­­tololan adiknya, tadi lagi sudah di­ta­nga­­­­­ni­­­­nya; suruh dia datang sekarang juga, kalau tidak akan aku tangankan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.nga.ni] | مناڠني

Definisi : 1 membuat atau mengusahakan se­suatu. 2 memukul orang dgn tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangan (kata nama)
1. Bersinonim dengan anggota badan: lengan
Berantonim dengan kaki

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kuasa, pengaruh, perintah, pegangan,

Kata Terbitan : menangani, menangani, menangankan, penangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ad hoc committeejawatankuasa ad hocSains PolitikPolitik PerbandinganJawatankuasa yang dibentuk bagi menangani sesuatu perkara atau masalah yang memerlukan penyelesaian atau pengurusan yang segera. Jawatankuasa ini dibentuk bagi memelihara kepentingan sesebuah masyarakat. Komuniti ini bersifat sementara dan keabsahannya hanya wujud dalam tempoh melaksanakan sesuatu tugas. Jawatankuasa ini akan dibubar setelah tugas yang diberi selesai. Contohnya, jawatankuasa ad hoc yang ditubuhkan bagi menangani kesan wabak SARS (sindrom pernafasan akut yang teruk).
essential servicesperkhidmatan perluPentadbiranTiadaPerkhidmatan dalam negara yang penting atau diperlukan untuk menangani keperluan masyarakat dalam negara seperti perkhidmatan air, gas dan elektrik.
compromised health copingpengendalian kesihatan kompromiKejururawatanTiadaPenyesuaian kesihatan yang dilakukan akibat kekurangan sokongan kesihatan untuk menangani cabaran kesihatan.
alignbersekutuSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan individu, organisasi atau negara yang bersetuju untuk bekerjasama secara sementara dalam menangani sesuatu masalah yang timbul Pakatan tersebut melibatkan kepentingan bersama apabila wujud ancaman oleh pihak tertentu. Negara yang terancam bersetuju untuk mewujudkan tindakan yang bersifat bersekutu bagi menghadapi ancaman. Contohnya, pihak bersekutu yang dibentuk sewaktu Perang Dunia Kedua antara Amerika Syarikat, Great Britain dan Perancis bagi menghadapi ancaman Jerman, Itali dan Jepun.
analytical platformplatform analitikalKesihatan AwamTiadaMedium yang membolehkan penyelidik saling berkongsi data-data kajian analitikal yang dapat membantu menangani sesuatu penyakit.
response forcespasukan tindak balasSains NuklearKejuruteraan ReaktorSekumpulan individu terlatih dan lengkap bersenjata di lokasi kejadian atau di lokasi lain untuk menangani percubaan pemindahan tanpa kebenaran atau tindakan sabotaj.
Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC)Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC)Kesihatan AwamTiadaPusat kawalan penyakit berjangkit yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa untuk menangani penularan penyakit berjangkit dalam negara.
Bloom's Digital TaxonomyTaksonomi Digital BloomTeknologi Maklumate-PembelajaranSatu model yang mengklasifikasikan pelbagai tahap kognisi manusia dalam aspek pemikiran, pembelajaran dan pemahaman bagi menangani aspek pengintegrasian teknologi digital ke dalam pengajaran dan pembelajaran. Model ini memberikan panduan kepada pengajar mengenai cara menggunakan alat teknologi digital dalam memudah cara pengalaman pembelajaran dan pencapaian hasil pembelajaran. Taksonomi ini diadaptasikan daripada taksonomi Bloom pada tahun 2008.
level 1 probabilistic safety asessment (PSA)pentaksiran keselamatan berkebarangkalian tahap 1Sains NuklearKejuruteraan ReaktorPenilaian kekerapan kerosakan teras untuk mentaksir ketersediaan dan kebolehpercayaan sistem keselamatan reaktor dalam menangani kemalangan.
curriculum mappingpemetaan kurikulumTeknologi Maklumate-PembelajaranProses mengindeks dan menyelaras bahagian-bahagian kurikulum seperti objektif, aliran idea, tahap pelajar, kesesuaian sumber, tempoh belajar dan pentaksiran bagi mengenal pasti dan menangani isu ruang, kesinambungan, kelewahan dan ketidakjajaran akademik. Proses ini bertujuan untuk memperbaik kekoherenan kursus serta keberkesanan e-pembelajaran.
12

Kembali ke atas