Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[me.nan.ti] | مننتي

Definisi : 1. menunggu (ketibaan sesuatu): ia sedang ~ di sana; 2. tersedia utk dihadiahkan (diberikan dsb): hadiah wang tunai RM100 000 ~ kampung yg dipilih sbg yg tercantik dan terbersih; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nan.ti] | مننتي

Definisi : duduk di sesuatu tempat sehingga tiba sesuatu atau sehingga berlaku sesuatu; menunggu: Kami akan ~ di sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nanti2
Kata Terbitan : menanti, menanti-nanti, menantikan, penantian, penanti,

Puisi
 
Kain pelikat belum berjahit,
     Menanti jarum dari Melaka;
Kami berduka belum baik,
     Menanti ubat dari kakanda.

Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Genting menanti putus,
     biang menanti tembuk.

Bermaksud :

Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. (Peribahasa lain yang sama makna: Biang menanti tembuk).

Lihat selanjutnya...(19)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
provisional governmentkerajaan sementaraSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang dibentuk hanya untuk sementara waktu sama ada kerana masih tidak boleh mcmbentuk kerajaan rasmi atau masih dalam pelarian atau buangan ataupun sementara menanti keadaan menjadi aman setelah berlaku kacau-bilau dalam sesebuah negara. Kerajaan ini dibentuk sebagai memenuhi keperluan wujudnya pemerintah untuk mentadbir negara tetapi tidak menjadi kerajaan yang popular. Kerajaan ini hanya menjalankan urusan pentadbiran bagi tempoh tertentu. Contohnya, kerajaan sementara Korea telah dibentuk di Shanghai pada tahun 1919 oleh pejuang nasionalis Korea yang sangat patriotik kerana negara tersebut sedang dikuasai oleh Jepun.
mixed metaphormetafora rancuKesusasteraanPuisiPenggunaan atau pencampuran dua ataupun lebih unsur metafora dalam sesuatu pemyataan di dalam sesuatu baris, rangkap atau sesebuah puisi. Suram malam yang terpendam di tafakur tidurmu menanti mentari titipan maya kupinta mimpi baktimu tiadakan rela menatang kehidupan berbunga hampa.
knotbuku kayu; simpul; buku; knot (unit)KejuruteraanTiada3. Parut pada kayuan yang menandai tempat dahan keluar dari batang kayu.,4. Knot: Kelajuan satu batu nautika sejam. 1 batu nautika adalah 1852 meter.,5. Keadaan apabila tugas tentu dalam sistem pelbagai pengaturcaraan tidak tertegun kerana ia menanti peristiwa yang tidak akan berlaku.
imagecitraKesusasteraanPuisiGambaran yang dibentuk secara konkrit tentang sesuatu pengalaman yang dialami oleh seseorang penyair sama ada yang berhubung dengan alam dan keindahannya mahupun yang berhubungan dengan sesuatu objek atau artifak. Dengan memunculkan sesuatu citra itu dengan jelas, pembaca boleh memahami dan menghayati pemikiran yang diungkapkan oleh penyair dalam puisinya. Contohnya, petikan daripada puisi "Kampung yang Sakit'' karya Zam Ismail. Pohon-pohon pucat Seekor kucing kurus di jambatan Menanti kepulangan cahaya pagi.

Kembali ke atas