Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.wan] | مناون

Definisi : 1. menangkap atau menahan musuh dll (dlm peperangan dll): bapa-nya tidak dapat ditawan, akhirnya Jepun menangkap dia; 2. merampas dll harta musuh, menjarah, merebut: tentera payung terjun dgn serta-merta telah ~ lapangan terbang itu dr tangan musuh; 3. = ~ hati ki menambat (memikat, mempengaruhi, me­narik) hati: wajah yg menarik dan budi bahasa yg ~ membuat Badrul ingin mene­ruskan per-sahabatan; banyak dia berkorban utk ~ hati gadis itu; 4. menguasai: mereka sentiasa berusaha utk ~ perhatian negara jiran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.wan] | مناون

Definisi : 1 menangkap atau menahan musuh dlm peperangan dsb: Akhirnya mereka dpt juga ~ pihak musuh. 2 merampas harta benda dll yg dimiliki oleh musuh; menjarah: Dlm masa beberapa hari saja, tentera Jerman telah berjaya ~ negeri Belanda. 3 = ~ hati ki memikat hati; menarik hati: Perangainya yg lemah lembut dan tutur katanya yg manis itu telah ~ hatiku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tawan
Kata Terbitan : menawan, tertawan, tawanan, penawanan, penawan,

Puisi
 

Burung merbuk burung merpati,
     Terbang berpusing hala bendang;
Wajah elok menawan hati,
     Siang malam hamba terkenang.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
social imperialismimperialisme sosialSains PolitikPolitik PerbandinganPenaklukan yang tidak berlaku secara ketenteraan tetapi mempengaruhi kehidupan sosial sesebuah masyarakat dalam bentuk penjajahan mental, budaya dan sosial. Penjajahan sosial tidak melibatkan keganasan dan peperangan tetapi lebih bersifat penguasaan pemikiran, ruang epistemologi, budaya dan perlakuan sesebuah masyarakat yang telah ditawan oleh kuasa lain. Contohnya, penjajahan Barat terhadap negara Asia bukan sahaja telah menawan ekonomi dan politiknya tetapi juga telah membentuk imperialisme sosial sehingga kini.

Kembali ke atas