Commercial Bank | Bank Perdagangan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Institusi kewangan yang diberi kebenaran khusus untuk menerima deposit melalui akaun semasa di samping akaun tabungan dan akaun pelaburan. Institusi kewangan lain tidak dibenarkan menawarkan akaun semasa. Terdapat sebahagian bank perdagangan yang menawarkan produk kewangan berasaskan syariah seperti Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Muamalat Malaysia Berhad. |
competitive rivalry | tandingan saingan | Pengurusan | Perancangan | Penilaian oleh pihak pengurusan terhadap syarikat pesaing yang menawarkan barangan atau perkhidmatan yang sama dari aspek kelebihan atau kekuatan mereka yang boleh menjejaskan kedudukan persaingan sesebuah organisasi. Tujuan analisis tandingan saingan adalah untuk menilai tahap kekuatan pengaruh persaingan yang boleh menjejaskan tahap keuntungan seperti pengaruh kuasa rundingan harga yang ditentukan oleh bilangan pesaing dalam pasaran. Contohnya, dalam perniagaan telefon bimbit yang mempunyai banyak penjual yang menawarkan barangan dan perkhidmatan yang hampir sama, maka harga jualan menjadi sangat kompetetif. |
XML | XML | Teknologi Maklumat | Tiada | Akronim untuk Extensible Markup Language. Ia merupakan bentuk kecil SGML(Standard Generalized Markup Language). XML membolehkan pembangun web dan penerbit web mencipta tag khusus yang menawarkan kelenturan dalam menyusun dan menyampaikan maklumat. XML menyokong pautan yang merujuk kepada beberapa dokumen serentak. XML menawarkan satu set alat untuk membangunkan aplikasi web. Contohnya pertukaran pangkalan data, pengagihan pemprosesan kepada pelanggan, agen pintar, pengurusan koleksi dokumen dan lain-lain. |
bai‘ man-yazid | bai‘ man-yazid | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli secara lelong dengan harga barangan ditentukan oleh tawaran atau persetujuan penjual dalam lelongan awam. Akad ini berlaku dalam dua keadaan, iaitu penjual menawarkan produk dengan harga tertinggi kepada para pembeli atau pembeli menawarkan harga yang tertinggi. Urus niaga ini diharuskan oleh syarak untuk menjual produk yang kurang laris, mudah rosak, jualan tebus hutang atau jualan barangan untuk kebajikan. Jualan tender merupakan lanjutan jualan secara lelong. Sinonim bai‘ muzayyadah, man-yazid, muzayyadah. |
warrant | waran | Pentadbiran | Tiada | Sekuriti yang menawarkan pemegangnya hak untuk melanggan saham biasa syarikat pada tarikh tertentu dengan harga yang telah ditetapkan. |
sales promotion | promosi jualan | Pentadbiran | Tiada | Aktiviti menawarkan insentif jangka pendek kepada pelanggan untuk menggalakkan pembelian sesuatu keluaran. |
ARPA | ARPA | Teknologi Maklumat | Tiada | Agensi yang menawarkan pertukaran maklumat secara bebas antara universiti dengan organisasi pendidikan. |
server | pelayan | Teknologi Maklumat | Perisian | Atur cara yang menawarkan perkhidmatan daripada komputer pelayan kepada atur cara lain pada komputer pelanggan. Penyambungan antara pelanggan dengan pelayan adalah melalui suatu rangkaian komputer. Penyambungan ini menggunakan protokol yang dapat mengekodkan permintaan pelanggan dan pelayan dapat memberi maklum balas kepada pelanggan. Contoh pelayan ialah pelayan fail, web dan e-mel, iaitu berdasarkan kepada jenis perkhidmatan yang diberikan kepada komputer pelanggan. |
engineering polymer | polimer kejuruteraan | Kejuruteraan | Polimer | Polimer yang menawarkan gabungan ciri kekuatan, ketegaran, kekukuhan, tahan lelasan, tahan kimia dan tahan haba yang tinggi. Misalnya, poliamida, asetal, polikarbonat, dan poliester. |
cost leadership strategy | strategi kepimpinan kos | Pengurusan | Perancangan | Strategi yang digunakan oleh sesebuah syarikat untuk bersaing dalam pasaran melalui kelebihannya beroperasi secara cekap dengan menawarkan produk atau perkhidmatan yang setara dan tanpa memasukkan ciri-ciri tambahan yang kurang penting. Stategi ini membolehkan organisasi mengekalkan kos yang lebih rendah berbanding dengan pesaing lain dalam pasaran yang sama. Contohnya, syarikat penerbangan tambang murah yang berusaha untuk bersaing berdasarkan kos operasi yang terendah, tanpa menawarkan perkhidmatan sampingan seperti hiburan dan penyediaan makanan dan minuman dalam penerbangan. |