dialogism | dialogime | Kesusasteraan | Tiada | Keadaan dalam novel yang memerihalkan kewujudan suara yang mencabar kuasa dominan, dan menentang pandangan penulis sendiri. Keadaan ini timbul apabila penulis seolah-olah enggan menguasai atau menyatukan pelbagai sudut pandangannya sendiri. Teknik yang membenarkan kehadiran pelbagai suara ini akan mengizinkan watak, seolah-olah bebas bersuara, dan hasilnya akan tercetus pelbagai pendapat dan suara (polifoni) dalam novel tersebut. Keadaan dialogik ini berbeza dengan keadaan monologik, iaitu suara dan sudut pandangan penulis menjadi dominan, dan watak dalam cerita berperanan semata-mata sebagai saluran pendapat penciptanya. Dialogisme dicipta oleh pengkritik Russia, M.M. bakhtin (1895 � 1975). Lihat juga polifoni. |
postmodenism | pascamodenisme | Kesusasteraan | Tiada | Aliran pemikiran yang dilihat sebagai lanjutan daripada modenisme serta mencabar tradisi dan konvensi. Pancamodenisme dilihat sebagai pemisahan daripada modenisme, terutamanya dalam mempertikaikan keutuhan struktur karya modenisme secara lebih radikal. Contohnya, novel Merahnya Merah oleh Iwan Simatupang. Novel ini mempersoalkan realisme, kesatuan teks dan penyelesaian teks yang rapi. Aliran ini mula berpengaruh pada tahun 1960-an. Sejak itu, istilah ini mula digunakan untuk memerikan karya seni. Lihat juga metafiksyen, modenisme. |
weekend warrior | wira hujung minggu | Umum | Tiada | Seseorang yang memanfaatkan waktu hujung minggu untuk melakukan aktiviti yang lasak dan mencabar setelah bekerja sepanjang minggu di pejabat. |
plaisire de text | plaisire de text | Kesusasteraan | Tiada | Keseronokan yang diperoleh melalui pembacaan terus dan mudah. Menurut Roland Barthes, teks cabar baca memberikan dua jenis keseronokan, iaitu plaisire dan jouissance. Jouissance dianalogikan dengan keseronokan seksual melalui bacaan yang mencabar serta melibatkan penghayatan karya yang tinggi dan sepenuhnya. Keseronokan jouissance juga boleh mengganggu pembaca akibat percanggahan budaya dan nilai antara teks dengan pembaca. Keseronokan plaisire kerana teks mudah dibaca, senang difahami dan kurang mencabar. Lihat juga cabar baca, mesra baca. |
project-based learning | pembelajaran berasaskan projek | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelaksanaan sesebuah projek yang autentik, kompleks dan mencabar bagi membantu pelajar memahami konsep, fakta dan pengetahuan serta meningkatkan kemahiran yang berkaitan dengan objektif pembelajaran. |
picaresque novel | novel pikares | Kesusasteraan | Tiada | Novel yang mengetengahkan watak kelas rendah sebagai protagonisnya. Fiksyen ini bersifat kembara dan disampaikan melalui sudut pandangan orang pertama. Protagonis yang digelar picaroon bergantung hidup dengan tipu helah dalam kehidupannya yang mencabar. Melalui analogi kehidupan picaroon yang perit, pengarang menggunakan latar ini untuk mengemukakan suatu bentuk satira khususnya dalam konflik kelas sosial. Novel ini bersifat episodik kerana jalan ceritanya mengikuti pengembaraan protagonis. Oleh yang demikian, novel ini mempunyai struktur yang longgar. Contoh novel pikares ialah Tom Jones karya Henry Fielding. Istilah picaro berasal daripada bahasa Sepanyol yang bermaksud �penjarah�. Lihat juga protagonis, satira. |
deprivation | penafian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan meminggirkan peranan dan hak seseorang atau organisasi dalam sesuatu sistem yang dilakukan sama ada berasaskan motif politik atau ekonomi. Dalam konteks politik, penafian dilakukan untuk menghalang pengaruh seseorang atau kelompok tertentu daripada mencabar dan menyaingi kedudukan atau penguasaan politik golongan pemerintah. Penafian politik boleh wujud dengan menyekat seseorang atau kelompok bertanding dalam pilihan raya atau menghalang penglibatannya dalam aktiviti politik. Tindakan ini boleh dilakukan dengan mengenakan peraturan tertentu, menahan dan memenjarakan individu tersebut. Dalam konteks ekonomi pula, penafian boleh dilakukan dengan mengetatkan syarat perniagaan, mengenakan kuota atau cukai tertentu dan mengehadkan ruang perniagaan sesuatu kelompok. Contohnya, puak Kurdish di Iraq sewaktu rejim Saddam dinafikan hak mereka dalam konteks perwakilan politik. Sinonim perlucutan. |
simulated biography | biografi bersimulasi | Kesusasteraan | Tiada | Riwayat hidup yang ditulis oleh orang lain tentang seseorang yang benar-benar wujud atau hidup dalam dunia nyata, tetapi fakta dan maklumat tentangnya adalah rekaan semata-mata. Biografi bersimulasi kadangkala mempersendakan biografi tulen. Penulisan biografi ini agak mencabar terutamanya untuk memperoleh fakta dan maklumat yang tepat serta menyusun peristiwa yang terpisah-pisah agar mempunyai kaitan yang logik. Contohnya, novel bertajuk Edwin Mullhouse oleh Jeffrey Cartwright. |
territorial integrity | keutuhan wilayah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kawasan atau wilayah yang luas atau berselerak dalam satu negara yang mempunyai semangat kekitaan yang kuat. Pulau yang banyak dan berjauhan atau kawasan pedalaman yang luas tidak mengurangkan interaksi wilayah ini dengan pusat serta kawasan ain. Hal ini, tidak mencabar semangat nasionalisme di kalangan penduduk. Dalam negara ini, tidak wujud gerakan pemisahan atau usaha menarik keluar sesuatu wilayah dari negara tersebut. Contohnya, wilayah Kanada tetap utuh walaupun ia mempunyai kawasan yang sangat luas dan tersebar serta etnik yang pelbagai . |
estrangement | penganehan | Kesusasteraan | Tiada | Strategi penulisan untuk menjadikan sesuatu yang biasa menjadi luar biasa. Konsep ini dicipta oleh Victor Shklovsky daripada aliran Formalisme Rusia. Dalam eseinya �Art as Technique�, Chklovsky membincangkan bagaimana persepsi seseorang mengenai sesuatu objek atau keadaan menjadi automatik apabila perkara tersebut sudah lazim atau biasa dialami. Oleh itu, objektif sastera mencabar automasi dan kelaziman tersebut dengan mengembalikan sensasi seolah-olah pembaca pertama kali mengalaminya. Contohnya, sajak A. Ghafar Ibrahim berjudul �Tan Sri Bulan�. Beliau menganehkan objek layang-layang dengan menggambarkannya sebagai: Baju nipis dengan garang, menepis-nepis mengerang girang. Layang-layang merupakan suatu objek yang biasa dilihat sehinggakan kewujudannya tidak menghairankan lagi. A. Ghafar Ibrahim menganehkan layang-layang dengan menggambarkannya sebagai sehelai baju, dan beliau seterusnya mempersonifikasikan baju tersebut. |