Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ca.but] | منچابوت

Definisi : 1. menarik (sesuatu) supaya terlepas (keluar, tertanggal) drpd sesuatu: ~ rumput; ~ ubi kayu; ~ keris; ~ pistol; ~ bulu ayam; ~ uban; ~ gigi; ~ paku; ~ nyawa ki mengambil nyawa orang, mematikan; 2. mengambil drpd kumpulan atau tompokan (daun terup dsb), menarik (undian dll): ~ daun; ~ nombor bertuah mengambil satu nombor drpd kumpulan utk menentukan yg bertuah memenangi sesuatu hadiah; ~ undi memilih dgn mengundi; ~ undian (loteri) a) menarik undian (loteri); b) menang loteri; ~ untung mendapat (menarik, memperoleh) keuntungan; 3. menarik kembali (apa yg telah diberikan, dikatakan, dikeluarkan, dll): ia tidak mahu ~ usulnya itu; 4. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan, meniadakan: sesuatu revolusi harus ditujukan utk membongkar dan ~ keburukan dgn akar umbinya sekali; 5. memetik, mengutip (drpd karangan dsb): puisi ini dicabut drpd majalah tersebut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ca.but] | منچابوت

Definisi : 1 menarik keluar supaya terlepas dr sesuatu: ~ rumput; ~ keris. 2 mengambil dr sesuatu kum­pulan dsb: ~ daun terup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencabut

Puisi
 

Hujan mari pebadik tumbuh,
     Tidak mencabut selasih dulang;
Kalau tidak berani sungguh,
     Jangan merebut kekasih orang.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
extractionpengekstrakanPerubatanTiada1. Proses menarik sesuatu keluar, misalnya menarik bayi songsang keluar dari rahim. 2. Proses mengasingkan bahan organik daripada sesuatu benda. 3. Proses mencabut sesuatu, misalnya mencabut gigi
liftingmencabutPerhutananTiadaTiada
harvestingpenuaianPerhutananPengurusan HutanAktiviti mencabut, menebang atau mengeluarkan hasil daripada sesuatu kawasan hutan.
unpicktetasKesenianTiadaProses membuka dan mencabut jahitan pada pakaian untuk dijahit semula.
compensating extractioncabutan kompensasiPergigianTiadaProsedur mencabut gigi pada rahang sebelah yang sama bagi mengelakkan erupsi lampau gigi tersebut. Erupsi lampau berlaku akibat kehilangan atau ketiadaan gigi pada rahang bertentangan. Sekiranya cabutan ini tidak dilakukan akan mengakibatkan trauma pada gingiva rahang bertentangan.
balancing extractioncabutan pengimbangPergigianTiadaProsedur mencabut gigi dari bahagian arkus bersebelahan bagi mengimbangi ruang yang wujud pada arkus kontra lateral. Proses ini dapat mengimbangi sesaran gigi di kedua-dua belah rahang untuk menghalang anjakan garis tengah muka. Melalui prosedur ini, gigi di kedua-dua belah akan tumbuh atau bergerak secara simetrikal di ruang tersebut. Dengan ini, pesakit tidak perlu menjalani rawatan ortodontik untuk menjajarkan gigi tersebut.
extraction (tooth)pengekstrakan (gigi)PerubatanTiadaProses mencabut gigi.
ragumragumKesenianTiadaAlat yang digunakan untuk mencabut paku dan juga memotong kulit rotan.
exolevereksoleverPerubatanTiadaAlat seperti tuil untuk mencabut akar gigi.
pile drawerpencabut cerucukKejuruteraanTiadaAlat untuk mencabut cerucuk yang telah terpacu atau terpacu sebahagiannya daripada bumi.
1234

Kembali ke atas