solvent | pelarut | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Cecair yang digunakan untuk melarutkan atau mencairkan bahan lain. Contohnya, alkohol dapat mencairkan syelek. |
carrier oil | minyak pembawa | Herba | Tiada | Minyak untuk mencairkan minyak pati atau minyak mutlak yang digunakan sebagai minyak sapu atau produk penjagaan tubuh. Minyak ini diperoleh daripada tumbuhan atau mineral. Minyak pembawa juga dikenali sebagai minyak asas atau minyak dasar. Contohnya, minyak zaitun, minyak kelapa, minyak sawit dan parafin. |
diluent | pencair | Kimia | Tiada | Sebarang bahan yang ditambah untuk mencairkan atau menjadikan sesuatu kurang pekat. |
diluent | pencair | Farmasi | Tiada | Sebarang bahan yang ditambah untuk mencairkan atau menjadikan sesuatu kurang pekat. |
diluent | pencair | Perubatan | Tiada | Sebarang bahan yang ditambah untuk mencairkan atau menjadikan sesuatu kurang pekat. |
semen diluent | pencair semen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Cecair yang digunakan untuk mencairkan semen. Pencair semen mengandungi pelbagai bahan untuk melindungi sperma semasa proses krioawetan. Pencair semen akan dicampurkan dengan semen segar sebelum dikrioawet. Sinonim pengekal semen |
resolution | resolusi | Kesusasteraan | Tiada | Peristiwa atau konfliks yang berjaya dileraikan. Peristiwa biasanya berlaku dalam drama dan naratif. Resolusi merupakan hasil klimaks, biasanya disusuli oleh aksi menurun. Resolusi berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud �melonggarkan atau mencairkan�. Lihat juga peleraian, puncak. |
oil dilution | pencairan minyak | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pengurangan kepekatan minyak pelincir dalam kotak engkol. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh sisipan bahan api cecair dari kebuk pembakaran ke dalam kotak engkol dan bercampur dengan minyak pelincir. Percampuran ini mencairkan minyak pelincir dan mengurangkan keberkesanan fungsinya. |