Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cam.pu.ri] | منچمڤوري

Definisi : 1. menokok (menambah) sesuatu supaya bercampur: susu itu jangan dicampuri air; 2. bercampur dgn: benda apa yg ~ gulai ini hingga sudah tidak sedap lagi?; emas yg sudah dicampuri logam; 3. turut campur dlm sesuatu urusan (hal orang dll): negeri-negeri mempunyai kuasa memerintah dan membuat undang-undang yg tertentu dgn tidak dicampuri oleh pemerintah pusat; 4. bergaul (bersama) dgn: golongan penjajah tidak pernah ~ anak negeri; 5. mengadakan hubungan kelamin: semasa dlm ihram suami tidak boleh ~ isteri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cam.pu.ri] | منچمڤوري

Definisi : 1 bercampur dgn: Tidak mungkin minyak dpt ~ air. 2 turut memasuki hal orang lain: Itu urusan mereka, tidak usah kita ~nya. 3 bergaul atau menggabungkan diri dgn: Jangan sekali-kali ~ orang jahat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencampuri

Peribahasa

Gerundang,
     tinggallah di kubangan!

Bermaksud :

Jangan mencampuri pekerjaan orang lain!

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
interferencecampur tanganSains PolitikHubungan AntarabangsaTindakan mencampuri urusan sesebuah negara oleh negara lain terhadap hal ehwal dalaman negara dan hubungan antarabangsa. Tindakan ini telah mencabar kedaulatan negara tersebut. Contohnya, tindakan Australia mencampuri urusan menyokong usaha Timor Timur mendapatkan kemerdekaan telah menyebabkan ketegangan antara Australia dengan Indonesia.
interventioncampur tanganUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan sesuatu pihak yang mencampuri urusan dalaman atau urusan luaran sesebuah negara berdaulat. Tindakan ini umumnya menyalahi prinsip tidak campur tangan di bawah undang-undang antarabangsa. Menurut Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pertubuhan antarabangsa tersebut tidak dibenarkan untuk mencampuri urusan yang berada dalam bidang kuasa tempatan negara. Selain itu, terdapat juga deklarasi PBB yang melarang sesebuah negara daripada mencampuri urusan dalaman dan luaran negara lain. Walau bagaimanapun, tindakan campur tangan adalah sah dengan mandat Majlis Keselamatan PBB atau izin negara tuan rumah.
retoxtceletukKesusasteraanTiadaMencampuri, mencelah, menyampuk percakapan orang.
armed interventioncampur tangan bersenjataUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan sesebuah negara mencampuri urusan dalaman dan luaran negara lain dengan menggunakan kuasa persenjataan. Campur tangan ini boleh berlaku secara langsung atau tidak langsung. Campur tangan secara langsung berlaku apabila sesebuah negara menggunakan senjata terhadap negara lain bagi memaksa negara tersebut akur dengan kehendaknya. Dalam hal ini, campur tangan bersenjata boleh berubah menjadi serangan bersenjata yang merupakan syarat bagi mempertahankan diri di bawah Perkara 51 Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu. Campur tangan secara tidak langsung pula boleh berlaku apabila sesebuah negara memberi bantuan persenjataan kepada kumpulan di dalam sesebuah negara lain bagi menggulingkan kerajaan sedia ada dan menggantikannya dengan kerajaan yang dikehendaki.
administrative interventioncampur tangan pentadbiranPentadbiranTiadaTindakan pihak yang lebih berkuasa dan berada di luar badan pengurusan organisasi yang mencampuri urusan perjalanan, pelaksanaan mahupun pembuatan keputusan bagi sesuatu bidang tugas dan projek. Campur tangan pentadbiran boleh bersifat negatif mahupun konstruktif. Campur tangan yang konstruktif bertujuan untuk menjaga kepentingan organisasi dan mengelak berlakunya penyimpangan bidang tugas daripada garis panduan yang telah ditetapkan. Campur tangan ini boleh bersifat arahan, teguran, tindakan pembetulan dan penambahbaikan, kawalan serta pengawasan. Manakala campur tangan yang bersifat negatif akan cuba mempengaruhi urusan pentadbiran untuk kepentingan peribadi atau pihak tertentu. Campur tangan boleh berlaku dalam bentuk pembuatan keputusan yang berat sebelah, penyelewengan, salah guna kuasa, penindasan dan nepotisme.
mudaribpengusahaPerniagaan IslamTiadaPihak yang menjalankan perniagaan dengan mendapat dana daripada pemodal. Pengusaha ialah pihak yang mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam perniagaan, perusahaan atau pelaburan. Jumhur kecuali mazhab Maliki, tidak membenarkan pemodal mencampuri urusan perniagaan.
mudarabah general investment accountakaun pelaburan am mudarabahEkonomiEkonomi IslamAkaun pelaburan am yang berasaskan kontrak mudarabah. Penyimpan boleh melaburkan wang selama tempoh yang ditetapkan dengan tempoh minimum 1 bulan dan dalam gandaan 3 bulan sehingga tempoh maksimum 60 bulan. Penyimpan akan memperoleh keuntungan pelaburan mengikut nisbah yang dipersetujui seperti 30:70 atau 20:80. Penyimpan tidak akan mencampuri urusan pelaburan tetapi pada prinsipnya kerugian dalam pelaburan akan ditanggung oleh para penyimpan. Namun begitu, pihak bank biasanya memberi jaminan bahawa pelaburan dalam akaun ini tidak mengalami kerugian.
persona non gratapersona non grataUndang-undangUndang-undang AntarabangsaOrang asing yang tidak dialu-alukan daripada memasuki sesebuah negara atau kekal berada di dalam sesebuah negara. Sesebuah negara boleh mengisytiharkan seseorang diplomat asing sebagai persona non grata, sebagai satu kaedah teguran paling serius kepada diplomat asing yang dilindungi oleh kekebalan dan ketakbolehcabulan daripada tangkapan dan pendakwaan. Pengisytiharan persona non grata biasanya disebabkan oleh diplomat tersebut didapati terlibat dalam kegiatan mengintip, cubaan menggulingkan kerajaan atau mencampuri urusan dalaman negara berkenaan. Pengisytiharan penolakan ini terkandung dalam Perkara 32 Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961 yang menyatakan bahawa negara penerima berhak untuk tidak menyatakan alasan atas pengisytiharan persona non grata tersebut. Contohnya, pada tahun 2011, pemerintah Kuwait telah mengumumkan sejumlah diplomat Iran sebagai persona non grata atas tuduhan melakukan intipan, yang menyebabkan mereka diusir dari Kuwait.

Kembali ke atas