deliberate adulteration | campur palsu secara sengaja | Herba | Tiada | Perlakuan sengaja mencampurkan atau menggantikan bahan mentah atau sediaan herba tulen atau kurang berkualiti dengan bahan pemalsu. Campur palsu dilakukan untuk mengurangkan kos pemprosesan sediaan herba yang sukar diperoleh atau mahal, menopengi bahan mentah yang kurang berkualiti dan meningkatkan keberkesanan sediaan herba. Bahan pemalsu ialah bahagian atau spesies tumbuhan selain yang dinyatakan dalam spesifikasi herba, bahagian atau spesies tumbuhan yang kurang berkualiti, bahan kimia dan ubat sintetik. Campur palsu ini boleh dikesan melalui pemeriksaan organoleptik, mikroskopi, analisis spektroskopi, kromatografi dan gravimetri. |
mixologist | juruadun minuman | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Orang yang mahir dalam mencampurkan koktel dan minuman lain. |
accidental adulteration | campur palsu secara tidak sengaja | Herba | Tiada | Perlakuan tidak sengaja mencampurkan bahan mentah atau sediaan herba tulen dengan bahan pemalsu. Campur palsu disebabkan kecuaian semasa proses pengumpulan, pengeringan dan pembungkusan bahan mentah, serta semasa pengilangan sediaan herba. Bahan pemalsu ialah unsur tanah, bahagian tumbuhan yang tidak tulen dan rumpai. Campur palsu ini dikesan melalui pemeriksaan organoleptik, mikroskopi, analisis spektroskopi, kromatografi dan gravimetri. |
mist lubrication system | sistem pelinciran kabus | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sistem pelinciran enjin yang mencampurkan minyak pelincir dengan bahan api dengan nisbah 3% hingga 6%. Campuran ini diaruh melalui karburetor ke dalam kebuk pembakaran, menyebabkan bahan api terpeluwap dan minyak pelincir dalam keadaan berkabus. Campuran berkabus ini akan tersebar ke dalam silinder melalui kotak engkol. Kabus ini akan melekat pada dinding silinder dan membentuk filem pelincir yang melincirkan galas utama dalam rod penyambung manakala minyak pelincir selebihnya melincirkan omboh, gegelang omboh dan silinder. Dalam sesetengah enjin moden, minyak pelincir di- suntik terus ke dalam karburetor dengan kuantiti yang terkawal untuk melindungi permukaan silinder manakala galas utama juga menerima minyak daripada pam berasingan. |
mortar and pestle | alu dan lesung | Herba | Tiada | Sepasang peralatan yang digunakan untuk mengisar dan mencampurkan bahan pepejal atau separa pepejal herba. Alu ialah alat penumbuk atau pengisar manakala lesung merupakan bekas seperti mangkuk. Alu dan lesung biasanya dibuat daripada bahan seperti tembikar, marmar atau kaca. |
paint mixing room | bilik campur cat | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bilik yang menempatkan mesin pencampur untuk mencampurkan cat dan mengagihkannya melalui paip kepada robot sembur. |
herbal quantification | pengkuantitian herba | Herba | Tiada | Pelarasan sediaan formulasi herba berdasarkan sesuatu julat kuantiti juzuk yang tertakrif. Pelarasan kuantiti semasa ini dilakukan dengan mencampurkan satu kelompok bahan mentah atau sediaan herba dengan kelompok yang lain. |
medium density fibreboard | papan gentian ketumpatan sederhana | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kepingan kayu yang dihasilkan dengan cara menghancurkan kayu keras atau sisa kayu lembut ke dalam gentian kayu dengan mencampurkan lilin dan pengikat resin untuk membentuk panel seperti papan. Papan ini kemudiannya dimampatkan dengan suhu dan tekanan tinggi dan dikemaskan menggunakan venir kayu. Kepingan papan ini banyak digunakan untuk membuat perabot atau dinding kerana sifatnya yang mesra alam, murah dan mempunyai ukuran yang tekal dan tetap serta mudah lentur |