Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cang.ku/] | منچاڠکوق

Definisi : menjadikan dahan berakar dgn membalutnya dgn sabut berisi tanah, mengetut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cang.ku/] | منچاڠکوق

Definisi : mengenakan cangkuk, mengait: habislah segala tubuhnya dicangkuk oleh sekalian onak dan duri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cang.ku/] | منچاڠکوق

Definisi : menyebabkan sesuatu terkena cangkuk; mengait dgn cangkuk: Ketika berlari dlm semak tadi, onak dan duri telah ~ seluarnya hingga koyak-koyak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencangkuk


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
foul hookcangkuk bebasPerikananTiadaKaedah mencangkuk mata kail pada mana-mana bahagian ikan selain bahagian mulut semasa menaikkan ikan ke atas dek bot.
detached bodycangkuk kepalaPerikananTiadaKaedah mencangkuk mata kail pada bahagian kepala serangga untuk dijadikan umpan.
ascenderkapit penaikSukanTiadaAlat yang digunakan untuk mencangkuk tali dan biasanya untuk menaiki tempat tinggi.
descenderkapit penurunSukanTiadaAlat yang digunakan untuk mencangkuk tali dan biasanya untuk menuruni tempat tinggi.
cable shacklebelenggu kabelSukanTiadaBesi kecil yang menyambung dua jaluran rantai dengan mencangkuk kedua-dua hujung rantai tersebut.
cargo hookcangkuk kargoSukanTiadaSejenis cangkuk berat dengan lengan mengunjur dari batangnya untuk mengangkat kargo secara mencangkuk anduh kargo ke takal pencarik.
high tackletangkap tinggi (P.JAS)SukanTiadaTumbangan atas: Perbuatan menjatuhkan pemain lawan yang membawa bola dengan cara memeluk atau mencangkuk bahagian bahu ke atas. Cara ini mungkin membahayakan.
hand dominancekedominanan tanganPsikologiPsikologi UmumKecenderungan individu untuk menggunakan tangan tertentu semasa menjalankan aktiviti biasa. Contohnya, individu kidal berkecenderungan tinggi untuk menggunakan tangan kiri dengan selesa dalam kebanyakan aktivitinya. Keselesaan atau kepantasan individu menggunakan tangan biasanya mencerminkan pengawalan motor yang lebih superior di hemisfera tertentu di kawasan otak mereka. Sekiranya individu itu kidal, maka sebahagian besar hemisfera kanannya diperuntukkan untuk mengawal gerakan tangan kiri. Begitu juga sebaliknya jika individu tersebut bukan kidal. Bagi sebahagian besar manusia, terdapat kira-kira 70 hingga 77 peratus yang bukan kidal, manakala yang lain adalah mereka yang kidal atau menggunakan kedua-dua belah tangan dengan selesa. Satu perkara yang menarik tentang fenomena ini ialah cara individu menulis. Contohnya, individu kidal menulis dengan cara mencangkuk sementara yang lain menulis secara lurus. Kebanyakan individu kidal biasanya dikaitkan dengan kebolehan dalam aktiviti seni seperti melukis, bermain catur dan arkitek. Kebolehan ini juga dikaitkan dengan kemampuan mereka untuk menggambarkan objek tiga dimensi.

Kembali ke atas